Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Semasa Dalam Perjalanan ke Sekolah | Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dipercayai dalam perjalanan ke sekolah maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Lintas di sini awal pagi Isnin.

budak  7 thn

Identiti Kanak-Kanak Belum Diketahui

Dalam kejadian kira-kira jam 5.48 pagi itu, kanak-kanak perempuan yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di lokasi manakala dua lagi mangsa iaitu remaja perempuan berusia 15 tahun dan pemandu perempuan berusia 59 tahun cedera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan treler.

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati pemandu treler lelaki berusia 38 tahun dari Tawau menghala ke Penampang ketika melalui Jalan Lintas telah meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat masih hijau.

Lori Tak Sempat Elak

“Ketika tiba di satu simpang, pemandu Proton Saga yang berada disusur pusingan U dari arah bertentangan tiba-tiba keluar menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian tepi kiri treler tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Susulan kejadian itu, Mohd Zaidi berkata, Proton Saga yang dinaiki tiga mangsa telah terbabas ke bahu kiri jalan.

“Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang telah telah dibawa oleh pihak ambulan ke hospital untuk rawatan selanjutnya manakala seorang lagi penumpang kanak-kanak cedera di bahagian kepala.

“Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di lokasi pada jam 6.15 pagi dan mayat kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat,” katanya.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, sebaik pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota dikejar ke lokasi kejadian.

“Operasi mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit dalam kenderaan segera dilakukan,” katanya.

Agustavia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa mangsa yang maut tiada hubungan kekeluargaan dengan pemandu.

“Mangsa yang maut ialah anak kepada rakan pemandu dan ketika kejadian berkemungkinan mangsa menumpang kenderaan itu untuk ke sekolah,” katanya.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pasangan Suami Isteri Warga Emas M4ut Rempuh Belakang Lori

Ibu Bapa M4ut Dlm Kemalangan, Budak 8 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata | KEMAMAN – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa dan adik perempuannya maut dalam kemalangan di Kilometer 267.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing di sini kelmarin.

Muhamad Uwais Wafiuddin Mohd. Riduan, 8, kehilangan ibu bapanya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, dan Mohd. Riduan Mohd. Yaacob, 35, yang maut di lokasi kejadian pada pukul 4 petang.
Adik bongsunya, Raudhatul Khayra, 3, pula meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang, pada pukul 9.30 pagi semalam.

Kemalangan itu berlaku selepas kereta Proton Saga dipandu Mohd. Riduan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas merempuh penghadang kiri jalan di lokasi kejadian.

Impak pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki mereka terseret sejauh kira-kira 33 meter sebelum melanggar pembahagi lebuh raya lalu terbalik.

Kehilangan anak dalam sekelip mata

Ibu kepada Zahidah Hanisah yang mahu dikenali sebagai Cikgu Jah, 60-an berkata, dia tidak sangka kehilangan tiga insan tersayang sekali gus sekelip mata.

“Hati saya lebih luluh me­ngenangkan nasib Muhamad Uwais Wafiuddin yang masih kecil tanpa ibu, ayah dan adik bongsu.

“Insya-Allah, saya akan jaga amanah membesarkan cucu lelaki saya ini selagi hayat dikandung badan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Cikgu Jah berkata, dia sememangnya menjaga Muhammad Uwais Wafiuddin sewaktu ibu bapanya keluar bekerja sebelum ini.

Dalam pada itu, dia membe­ritahu, sebelum kejadian, Zahidah Hanisah dan anak-anaknya menemani Mohd. Riduan untuk mendapatkan rawatan kaki di sebuah pusat perubatan di Kuantan.

Sempat tunaikan permintaan terakhir ibu

“Dua hari sebelum kemala­ngan, arwah Zahidah Hanisah sempat menunaikan permintaan saya untuk menikmati sate.

“Dia memang jenis anak yang tidak pernah menghampakan permintaan ibu. Tidak sangka sate itu juadah terakhir yang kami nikmati bersama,” katanya.

Cikgu Jah berkata, jenazah tiga beranak tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Kuala Terengganu pada pukul 5 petang semalam.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply