Seorang Wanita Maut Dipukul Oleh Teman Lelaki Guna Batang Kayu Penyapu | IPOH – Seorang wanita berusia 24 tahun maut dipukul teman lelakinya dengan sebatang kayu penyapu dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon dekat sini pada Ahad.
Mangsa Tak Sedarkan Diri Seperti Tidur Atas Katil
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat awal diterima sekitar jam 4.34 pagi yang melaporkan kejadian pergaduhan di tingkat satu rumah kedai berkenaan.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring seperti tidur di atas katil dengan beralaskan bantal.
“Pemeriksaan yang dijalankan kakitangan kesihatan bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Batang Penyapu Sebagai Senjata
Menurut beliau, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 23 tahun yang mengaku telah memukul mangsa.
“Turut ditahan ibu suspek bersama anak saudara serta pekerjanya berusia 29 hingga 65 tahun yang berada di tempat kejadian.
“Polis telah merampas empat telefon bimbit dan batang penyapu disyaki senjata yang digunakan suspek,” katanya.
Yahaya berkata, ujian saringan air kencing mendapati teman lelaki mangsa positif dadah jenis methamphetamine.
Suspek Bawah Pengaruh Dadah
“Punca pergaduhan masih dalam siasatan, namun suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah.
“Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan merupakan anak pasangan kekasih terbabit telah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Tambah beliau, keempat-keempat suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Julai ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : SH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Asyik Menari Atas Pentas, Wanita Dibaling Pisau Kerana Hutang
Asyik Menari Atas Pentas, Wanita Dibaling Pisau Kerana Hutang | Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita membaling pisang ke arah wanita lain yang sedang menari di atas pentas kerana dikatakan tidak membayar hutang, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video yang dirakam di sebuah majlis itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media.
Seorang wanita berbaju hijau pada awalnya kelihatan berbual dengan seorang lelaki dalam keadaan marah sambil memandang pentas.
Sementara itu, kelihatan dua wanita sedang menari berhampiran seorang penyanyi.
Tiba-tiba, wanita itu mencapai sebiji pisang di atas meja dan menuju ke pentas sebelum membalingnya ke arah wanita bertudung yang sedang menari.
Walaupun dimaki wanita tersebut, tiga orang yang berada di pentas kelihatan ketawa dan meneruskan aktiviti mereka.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Wanita itu berjoget supaya tidak pening memikirkan hutang,” komen seorang netizen.
Sumber : Kosmo
BACA JUGA :
Mayat Lelaki Yg Sudah Sebulan M4ti Ditemui Dlm Banglo Terbiar
Mayat Lelaki Yg Sudah Sebulan M4ti Ditemui Dlm Banglo Terbiar | PADAWAN – Mayat lelaki yang sudah dalam keadaan reput ditemukan dalam sebuah banglo terbiar di Jalan Burung Bunga Api, Batu 3 1/2 Jalan Perinssen di sini.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 7.10 pagi semalam.
“Pemeriksaan yang dijalankan menjumpai mayat berkenaan di tangga naik ke tingkat atas banglo berkenaan. Mangsa dipercayai mati lebih sebulan yang lalu berdasarkan kepada keadaan mayat yang sudah reput (mengecut),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun Abang Zainal berkata, tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat mangsa yang memakai kemeja berkolar dan berseluar pendek.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tatu di tangan serta banyak kesan darah ditemui di dalam tandas dan dipercayai daripada badan mangsa.
“Mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”ujarnya.