Seorang Warga Emas Maut Gara-Gara Paramotor Terhempas Di Pantai Slpas Dibaiki | BACHOK – Luncur udara (paramotor) yang terhempas di Pantai Irama di sini sehingga menyebabkan kematian warga emas dipercayai baru sahaja dibaiki sebelum dibawa untuk ujian penerbangan di pantai tersebut pada Jumaat.

warga emas maut

Baru Sahaja Baiki Kipas Paramotor

Saksi kejadian yang juga beach boy, Mohd. Shazarin Che Mazlan, 31, berkata, sebelum ini, pengendali paramotor berusia 77 tahun tersebut kerap datang ke pantai berkenaan untuk bermain sukan itu.

Difahamkan, warga emas itu baru sahaja membaiki kipas paramotor sebelum datang ke Pantai Irama untuk mencuba peralatan tersebut.

“Perjalanan paramotor itu di udara pada awalnya lancar sebelum terhempas dalam laut kira-kira 20 minit kemudian.

Mangsa Sering Bermain Paramotor

“Saya yang berada di lokasi terus mengemudi jet ski untuk membantu dua warga emas itu. Mangsa yang berusia 62 tahun meninggal dunia akibat lemas manakala pengendali paramotor sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui di Pantai Irama hari ini.

Mohd. Shazarin memberitahu, pengendali paramotor itu bukan individu asing bagi penduduk di Pantai Irama kerana dia kerap dilihat bermain paramotor di kawasan tersebut.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kegembiraan dua lelaki warga emas bermain paramotor berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas.

Dalam kejadian pukul 6.41 petang itu, Mustaffa Isa, 62, yang merupakan bekas penghulu di Mukim Seribong, Kota Bharu maut selepas luncur udara dikemudi rakannya berusia 77 tahun terhempas.

Sumber : Kosmo

 

ARTTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kebun.

Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kebun | SIK – Seorang lelaki warga emas ditemui tidak bernyawa di sebuah kebun di Kampung Tupai dalam mukim Teloi, di sini pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, mangsa, Ahmad Daie, 78, dari Kampung Tupai dipercayai telah meninggal dunia sebelum ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

“Anak mangsa, Azman, 45, dari Kampung Kerawai, mukim Teloi mendapat panggilan daripada orang kampung menyatakan bapanya tidak sedarkan diri semasa berada di kebun terletak bersebahan rumah mangsa.

Mangsa ada sejarah penyakit hernia

“Sebaik tiba di lokasi, anak mangsa mendapati bapanya berada dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan hasil pemeriksaan petugas kesihatan Hospital Daerah Sik (HDS) mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa mempunyai sejarah penyakit hernia dan pernah membuat pembedahan serta telah mendapat dua dos suntikan vaksin.

Komen Netizen

“Innalillahiwainnalillahirajiun….bila sampai waktunya tak kira dimana pun kita berada…Salam takziah buat ahli keluarga.

“Salam takziah buat keluarga.. Risau benda mcm ni la jd kat abah..Semoga Allah akn sentiasa lindung abah..abah hari hari suka ke kebun tp kerap nye berseorangan.”

 

 

BACA JUGA :

M4yat Warga Emas Lemas Akibat Bot Karam Akhirnya Ditemui

M4yat Warga Emas Lemas Akibat Bot Karam Akhirnya Ditemui | MAYAT seorang warga emas yang hilang selepas bot kendaliannya karam di Bagan Lalang, Sepang, Selangor ditemui pada Sabtu.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa seorang pengendali bot pancing bersama tujuh mangsa lain lemas selepas bot berkenaan dipercayai karam pada 12 tengah hari Sabtu.

Menurut Mohamadul Ehsan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.27 petang Sabtu.

Katanya, bot itu dalam perjalanan dari Jeti Sepang Kecil dan sedang menuju ke Kelong Hj Nazri ketika kejadian itu berlaku.

“Kami menghantar sebuah jentera dan empat anggota ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

“Tujuh mangsa berusia antara 16 tahun hinggan 50-an berjaya diselamatkan oleh nelayan yang berada berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu

Tambahnya lagi, mayat mangsa, Ang Tong Poh, 67 tahun berasal dari Sungai Pelek ditemui terdampar di hutan bakau oleh penduduk asal sejauh tiga kilometer daripada lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa diserahkan ke pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Banting,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply