3 Beradik Terkorban Motosikal Ditunggang Bertembung Kereta  | PEKAN – Tiga beradik terkorban selepas motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam,15, dan dua pembonceng yang juga adiknya Nik Nur Faqihah,11, dan Nik Ikram Nuqman.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Lamir ke Kampung Langgar.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal tersebut terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV jenis Nissan Serena.

“Akibat kejadian itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Penumpang MPV terselamat

Tambahnya, pemandu dan dua penumpang MPV mengalami kecederaan manakala empat lagi penumpang tidak cedera.

Mayat tiga beradik tersebut dihantar ke Hospital Pekan di sini untuk dibedah siasat. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Ibu Bapa M4ut Dlm Kemalangan, Budak 8 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata | KEMAMAN – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa dan adik perempuannya maut dalam kemalangan di Kilometer 267.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing di sini kelmarin.

Muhamad Uwais Wafiuddin Mohd. Riduan, 8, kehilangan ibu bapanya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, dan Mohd. Riduan Mohd. Yaacob, 35, yang maut di lokasi kejadian pada pukul 4 petang.
Adik bongsunya, Raudhatul Khayra, 3, pula meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang, pada pukul 9.30 pagi semalam.

Kemalangan itu berlaku selepas kereta Proton Saga dipandu Mohd. Riduan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas merempuh penghadang kiri jalan di lokasi kejadian.

Impak pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki mereka terseret sejauh kira-kira 33 meter sebelum melanggar pembahagi lebuh raya lalu terbalik.

Kehilangan anak dalam sekelip mata

Ibu kepada Zahidah Hanisah yang mahu dikenali sebagai Cikgu Jah, 60-an berkata, dia tidak sangka kehilangan tiga insan tersayang sekali gus sekelip mata.

“Hati saya lebih luluh me­ngenangkan nasib Muhamad Uwais Wafiuddin yang masih kecil tanpa ibu, ayah dan adik bongsu.

“Insya-Allah, saya akan jaga amanah membesarkan cucu lelaki saya ini selagi hayat dikandung badan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Cikgu Jah berkata, dia sememangnya menjaga Muhammad Uwais Wafiuddin sewaktu ibu bapanya keluar bekerja sebelum ini.

Dalam pada itu, dia membe­ritahu, sebelum kejadian, Zahidah Hanisah dan anak-anaknya menemani Mohd. Riduan untuk mendapatkan rawatan kaki di sebuah pusat perubatan di Kuantan.

Sempat tunaikan permintaan terakhir ibu

“Dua hari sebelum kemala­ngan, arwah Zahidah Hanisah sempat menunaikan permintaan saya untuk menikmati sate.

“Dia memang jenis anak yang tidak pernah menghampakan permintaan ibu. Tidak sangka sate itu juadah terakhir yang kami nikmati bersama,” katanya.

Adik bongsunya, Raudhatul Khayra, 3, pula meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang, pada pukul 9.30 pagi semalam.

Kemalangan itu berlaku selepas kereta Proton Saga dipandu Mohd. Riduan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas merempuh penghadang kiri jalan di lokasi kejadian.

Impak pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki mereka terseret sejauh kira-kira 33 meter sebelum melanggar pembahagi lebuh raya lalu terbalik.

Cikgu Jah berkata, jenazah tiga beranak tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Kuala Terengganu pada pukul 5 petang semalam.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply