Pasangan Suami Isteri Maut Dlm Kemalangan Myvi Dan Treler, Tiga Beradik Jadi Yatim Piatu | GERIK: Tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata, selepas ibu bapa mereka maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan treler di KM 25 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Titiwangsa, di sini, kelmarin.

myvi langgar treler

Ibu Bapa Maut Di Tempat Kemalangan

Dalam kejadian itu, Mohamad Nasir, 51, bersama isterinya, Rohaya Harun, 46, maut di tempat kejadian, manakala tiga anak mereka berusia antara tujuh hingga 14 tahun cedera parah.

Tiga anak pasangan itu dikenali sebagai Mohamad Zarith Mohamad Nasir, 7; Nur Auni Batrisya Mohamad Nasir, 12; dan Mohamad Amir Zaqwan Mohamad Nasir,14.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Gerik, Che Ros Che Hassan, berkata panggilan kejadian diterima jam 1.10 tengah hari sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi.

Pemandu Treler Selamat

Katanya, nahas membabitkan Perodua Myvi itu dengan sebuah lori treler muatan simen, namun pemandu treler berkenaan bagaimanapun selamat.

“Ada lima mangsa menaiki Perodua Myvi terbabit iaitu pasangan suami isteri yang maut di tempat kejadian, selain tiga kanak-kanak di dalamnya cedera meliputi dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Dua mangsa yang maut itu bagaimanapun tidak tersepit dan disahkan maut oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

“Lelaki yang memandu treler berkenaan bagaimanapun selamat,” katanya.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

[VIDEO] Seorang Bapa Maut Rentung Dlm Nahas Dua Kereta Bertembung

 Seorang Bapa Maut Rentung Dlm Nahas Dua Kereta Bertembung | Seorang lelaki ditemukan rentung dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Kulim-Baling, di sini kelmarin.

rentung

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, Balai Polis Trafik Kulim menerima maklumat berkaitan kemalangan itu pada jam 2.20 petang.

Beliau berkata, mangsa berusia 27 tahun yang memandu kereta Proton Iswara terbakar dan rentung.

Kereta Terbabas Di Laluan Bertentangan

“Isteri mangsa berusia 28 tahun dan dua anak berusia tiga dan empat tahun parah dan sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Kulim (HK).

“Siasatan awal oleh pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa yang datang dari arah Kulim ke Baling dipercayai terbabas ke laluan bertentangan.

“Kereta itu kemudian dilanggar oleh kereta Toyota Camry dari arah Baling ke Kulim, namun pemandunya berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, siasatan juga mendapati pemandu kereta Toyota Camry itu memandu dalam keadaan lesen tamat tempoh.

Mangsa Tersepit Dan Terbakar

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, kemalangan menyebabkan pemandu Proton Iswara itu tersepit dan terbakar.

Beliau berkata, anggota bomba memadam kereta yang terbakar dan mengeluarkan mangsa tersepit dengan peralatan khas.

 

 

BACA JUGA :

Treler Terbabas Masuk Longkang Terbakar, Pemandu Treler M4ut Rentung

Batu Pahat: “Waktu itu, kami ingat tiada sesiapa dalam treler, namun apabila api berjaya dipadam, kami ternampak sekujur tubuh dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu,” kata Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Penawar, Penolong Penguasa Mohd Fadli Ismail.

Mohd Fadli mengetuai operasi memadam kebakaran sebuah treler yang dipercayai terbabas di Kilometer 109.5 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala ke selatan, dekat Yong Peng, malam tadi.

Menurutnya, beliau bersama 17 anggota dari Balai Bomba Pagoh dan Bukit Gambir memulakan operasi itu selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 malam.

Sangka Pemandu Sudah Lari Selamatkan Diri

“Kami menyangka pemandunya sudah keluar menyelamatkan diri. Apabila api berjaya dipadam, kelihatan mayat dalam keadaan rentung keseluruhan di tempat duduk pemandu,” katanya operasi tamat pada jam 3.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata identiti pemandu treler yang rentung masih belum diketahui.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dipandu mangsa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bharu hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang sebelah kiri jalan lalu terbakar.

“Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu gagal menyelamatkan diri sebelum rentung,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta kerjasama orang ramai melihat kejadian itu, tampil ke Balai Polis Trafik Batu Pahat atau berhubung dengan pegawai penyiasat di talian 07-4327704.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply