Seorang Peniaga Maut Selepas Motosikal Bertembung Lori Buah | SUNGAI PETANI – Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah lori muatan buah di Jalan Kalai-Jeniang berhampiran Kampung Bukit Sejuk, Berona Kiri, dekat sini malam semalam.
Cedera Parah Di Kepala Dan Putus Kaki
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Zulfakri Ismail, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala serta putus kaki kanan.
Kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Masjid, Jeneri manakala lori tersebut dari arah Kuala Nerang menghala Jeniang.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS terbabas lalu memasuki laluan bertentangan ketika melalui jalan berselekoh di situ.
Tak Sempat Elak Langgar Mangsa
“Pada masa sama sebuah lori Isuzu membawa muatan buah-buahan dari arah Kalai tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kata beliau, mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk dibedah siasat.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Lelaki Maut Motosikal Terbakar Slps Bertembung Proton Wira
Lelaki Maut Motosikal Terbakar Slps Bertembung Proton Wira | KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah Proton Wira sehingga menyebabkan motosikal ditunggang terbakar dalam kejadian di Simpang Perani, Jalan Aping Waha, Kota Tinggi, malam semalam.
Meninggal dunia di tempat kejadian
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.07 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd. Azizi Muhamed, 41 meninggal dunia akibat cedera parah dialami.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Ismail A. Bakar berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran motosikal itu melalui talian Mers999.
“Kebakaran melibatkan sebuah motosikal telah musnah 90 peratus selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dan seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia akibat kemalangan, bukan disebabkan kebakaran, ” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA JUGA :
Ibu Bapa M4ut Dlm Kemalangan, Budak 8 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata
Ibu Bapa M4ut Dlm Kemalangan, Budak 8 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata | KEMAMAN – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa dan adik perempuannya maut dalam kemalangan di Kilometer 267.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing di sini kelmarin.
Muhamad Uwais Wafiuddin Mohd. Riduan, 8, kehilangan ibu bapanya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, dan Mohd. Riduan Mohd. Yaacob, 35, yang maut di lokasi kejadian pada pukul 4 petang.
Adik bongsunya, Raudhatul Khayra, 3, pula meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang, pada pukul 9.30 pagi semalam.
Kemalangan itu berlaku selepas kereta Proton Saga dipandu Mohd. Riduan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas merempuh penghadang kiri jalan di lokasi kejadian.
Impak pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki mereka terseret sejauh kira-kira 33 meter sebelum melanggar pembahagi lebuh raya lalu terbalik.
Kehilangan anak dalam sekelip mata
Ibu kepada Zahidah Hanisah yang mahu dikenali sebagai Cikgu Jah, 60-an berkata, dia tidak sangka kehilangan tiga insan tersayang sekali gus sekelip mata.
“Hati saya lebih luluh mengenangkan nasib Muhamad Uwais Wafiuddin yang masih kecil tanpa ibu, ayah dan adik bongsu.
“Insya-Allah, saya akan jaga amanah membesarkan cucu lelaki saya ini selagi hayat dikandung badan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Cikgu Jah berkata, dia sememangnya menjaga Muhammad Uwais Wafiuddin sewaktu ibu bapanya keluar bekerja sebelum ini.
Dalam pada itu, dia memberitahu, sebelum kejadian, Zahidah Hanisah dan anak-anaknya menemani Mohd. Riduan untuk mendapatkan rawatan kaki di sebuah pusat perubatan di Kuantan.
Sempat tunaikan permintaan terakhir ibu
“Dua hari sebelum kemalangan, arwah Zahidah Hanisah sempat menunaikan permintaan saya untuk menikmati sate.
“Dia memang jenis anak yang tidak pernah menghampakan permintaan ibu. Tidak sangka sate itu juadah terakhir yang kami nikmati bersama,” katanya.
Cikgu Jah berkata, jenazah tiga beranak tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Kuala Terengganu pada pukul 5 petang semalam.