Seorang Penggangur Tumbuk Dan Hempas Ayah Sendiri Ke Tanah Dipenjara 8 Bulan | MELAKA – Tindakan seorang penganggur menumbuk dan menghempas bapanya ke tanah, akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.
Tumbuk Kepala Dan Hempas Badan
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Ramli, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas ayah kandung, Ramli Samad, 62, dengan menumbuk di kepala dan menghempas badannya ke tanah berbatu.
Kesalahan itu dilakukan di No 2154-2 Jalan Bunga Raya 4, KM4, Kampung Semabok di sini, pada jam 7.06 petang, 13 Jun lalu.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon tertuduh yang mempunyai rekod lampau atas kesalahan sama dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dikenakan terhadapnya.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan dari tarikh sabitan hari ini.
Dalam prosiding sama, Muhammad Fahmi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen sama iaitu menumbuk bapanya di alamat sama pada jam 11.05 malam 15 Mei tahun lalu.
Baling Batu, Kayu Dan Besi
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membaling objek seperti batu, kayu dan besi terhadap mangsa sama di alamat dan masa sama mengikut Seksyen 352 kanun sama.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman sehingga tiga bulan penjara atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah memberikan diri sendiri dadah jenis methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 4.45 petang pada 15 Jun lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan dikenakan pengawasan polis maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwa menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 352 manakala RM8,000 atas kesalahan dadah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,500 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 24 Julai depan.
Sumber : SH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Ditegur Bising, Anak Kelar Ibu 73 Tahun Guna Kapak Hingga M@ti
Ditegur Bising, Anak Kelar Ibu 73 Tahun Guna Kapak Hingga Mati | MUAR – Berang ditegur kerana membuat bising, seorang lelaki sanggup bertindak kejam memukul dan kelar ibunya sendiri menggunakan kapak serta pisau sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Temiang Utama, di sini malam semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.20 malam itu, mangsa yang berusia 73 tahun meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher serta kepala.
Mengamuk selepas ditegur
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, Kejadian berlaku dipercayai akibat tindakan mangsa menegur suspek kerana membuat bising, menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan senjata tajam.
“Pihak polis menerima panggilan kira-kira pukul 8.20 malam mengenai kejadian pergaduhan keluarga menggunakan senjata tajam. Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa warga tempatan berusia 73 tahun terbunuh di tempat kejadian.
Mempunyai rekod psikiatrik
“Mangsa dipercayai adalah ibu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher. Polis turut menahan anak mangsa berusia 47 tahun di lokasi kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Raiz Mukhliz, pihaknya turut dirampas sebilah pisau dapur serta kapak yang disyaki senjata yang digunakan dalam kejadian ini dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod psikiatrik.
Sumber: Kosmo