13 Tempat Makan Best Seafood Di Jelebu, Negeri Sembilan | Jelebu merupakan sebuah daerah di negeri Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak di bahagian barat Semenanjung Malaysia dan terkenal dengan keindahan alam semulajadi, termasuklah landskap hijau, bukit, dan hutan. Terdapat juga beberapa kedai makan best seafood di Jelebu yang kami senaraikan. Jom kita tengok, tempat makan mana yang menepati selera dan menarik perhatian anda.

 

1. KEDAI KAK ANA – SEAFOOD

Restoran ini mendapat rating tertinggi di google dan restoran ini pernah viral kerana masakannya. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di sini. Harganya juga sangat berpatutan dan sesuai dengan makanannya.

Makanan laut di sini seperti sotong, tiram, udang, lobster dan lala memang dijamin masih fresh dan isinya juga besar. Confirm berbaloi lah kalau anda makan di sini. Antara menu yang wajib anda cuba ialah ikan bakar, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Sotong dan udang goreng tepung ini juga digemari kerana saiz sotong yang besar, rugi jika anda tak cuba.

Jika anda ingin berkunjung ke kedai ini lokasi kedai ini terletak di Jln Jelebu, 70100 Seremban, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali Isnin pada pukul 2 petang sehingga 12 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 013-388 9047.

 

2. RESTORAN MAN TOMYAM – SEAFOOD

Banyak pilihan hidangan makanan laut dengan gaya tempatan ada di sini. Masakannya sedap dan harganya murah.  Restoran Man Tomyam cemerlang dari segi mutu masakan, harga, kebersihan, keselesaan dan layanan mesra pekerja-pekerjanya. Tempatnya yang selesa menjadi pilihan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka makan di sini. Berbaloi untuk cuba makan di sini. Jika anda tak tahu nak makan apa, minta pelayan cadangkan untuk anda.

Jika anda ingin berkunjung ke kedai ini lokasi kedai ini terletak di Lot 563, 564, 565, Jalan Jelebu, Batu 2 1/2, 70400, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan, 70400. Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali Selasa pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 1 pagi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 06-764 0866.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoranmantomyam/?locale=ms_MY

 

3. RESTORAN DPANTAI & DPEDAS – SEAFOOD

Restoran yang boleh memuatkan lebih 500 pelanggan dalam satu masa,  mendapat perhatian ramai yang menjadikan lokasi berkumpul dengan selesanya. Restoran yang mesra pelancong dari pelbagai negara yang menjadikan DPantai sebagai pilihan bagi mendapatan hidangan tempatan. Pernah mendapat Liputan JJCM TV3, Makan Angin TV9,  Beberapa kali Live di Selamat Pagi Malaysia RTM, Live di Slot Assalamualaikum TV9 ,  Astro,  Surat Khabar

Antara menu yang popular di restoran ini ialah ikan talapia bakar. Talapia gred AA dari kolam air jernih, Ikan hidup yang  sangat segar,  dibakar perlahan-lahan & dihidang bersama kuah asam dan kuah kicap.

Jika anda ingin berkunjung ke kedai ini lokasi kedai ini terletak di No. 1, 4, Jalan Bukit Mika 1, Taman Bukit Mika, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali Selasa pada pukul 11.30 pagi sehingga 10.30 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 018-576 5517 atau anda boleh melayari website restoran ini sendiri https://www.dpantai.me/ untuk mengetahui lebih lanjut.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/DPantaiRestoran

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dpantai__/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@dpantai_dpedas

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Jelebu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply