13 Tempat Makan Best Sarapan Di Langkawi, Kedah | Pulau Langkawi, sebuah destinasi pelancongan yang popular bagi penduduk tempatan dalam atau luar Kedah, bukan hanya dikenal sebagai syurga pantai, tetapi juga tempat yang menawarkan pengalaman sarapan yang luar biasa. Saat mentari pagi menyinari langit Langkawi, sambut hari baru dengan hidangan pagi yang menggoda di beberapa destinasi sarapan terbaik di pulau ini.
Jika anda berkunjung kesini bolehlah datang dan nikmati masakan disini. Perut lapar tapi tak tahu nak makan dimana? Berikut merupakan senarai tempat-tempat makan best untuk sarapan yang ada di Langkawi, Kedah.
1. WARONG MAK SOM ROTI CANAI SEDAP – SARAPAN
Menu kedai ini tidak hanya menawarkan hidangan roti canai yang lazat, tetapi juga menyajikan hidangan tambahan dan minuman yang memuaskan seperti roti sarang burung, nasi lemak aneka lauk, moi sup, teh tarik special dan banyak lagi.
Warung Maksom Roti Canai Sedap telah menjadi tempat yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pengunjung luar yang ingin menikmati cita rasa roti canai yang khas dan autentik. Harganya yang berpatutan dan sangat murah serta layanan yang ramah menjadikan kunjungan ke kedai ini begitu menyenangkan.
Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di Warong Mak Som Roti Canai Sedap, 07000 Langkawi, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 019-967 0878.
2. MYDZ CORNER NASI LEMAK KELIBANG – SARAPAN
Keistimewaan Mydz Corner ialah aneka jenis nasi lemak. Korang boleh dapat pelbagai jenjs nasi lemak di sini seperti nasi lemak sambal ayam, nasi lemak sambal udang, nasi lemak sambal sotong dan banyak lagi aneka jenis sambal di sini. Terdapat juga pelbagai jenis kuih muih yang dijual di sini antara kuih yang popular ialah roti jala. Roti sarang burung dan roti canai juga menjadi penggemar pengunjung yang datang ke kedai ini.
Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di 8, Jalan Padang Matsirat, Taman Sri Langkawi, 07000 Kuah, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari pada pukul 6 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 011-1251 8093.
3. WARUNG COFFEE LANGKAWI – SARAPAN
Bagi peminat breakfast ala western style anda wajib singgah ke Warung Coffee ini untuk menikmati dan merasai menu sarapan mereka. Walaupun menu dan masakan mereka ala western tetapi rasanya tetap kena dengan tekak orang Melayu. Harganya juga tidaklah terlalu mahal untuk menu ala western. Anda patut datang dan cuba merasai menu-menu yang terdapat di warung ini. Warung ini juga terletak berdekatan dengan Pantai Chenang, mudah untuk korang cari.
Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di Hadapan AB Motel, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis pada pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/WarungCoffeePantaiChenang/?locale=ms_MY
4. IDAMANRIAH CAFE ROTI CANAI – SARAPAN
Idamanriah cafe merupakan salah satu cafe sarapan pagi yang popular di langkawi dan rata-rata pengunjung yang pergi bercuti di Langkawi pasti tidak akan melepaskan peluang untuk sarapan di sini. Menu yang terdapat di cafe ini ialah nasi lemak daun pisang, roti canai, lontong, roti canai telur mata dan banyak lagi. Lokasinya strategik terletak di pusat bandar Kuah membuatkan lagi ramai pengunjung yang datang ke cafe mereka ini.
Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6.30 pagi sehingga 11.30 hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 017-599 2776.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Langkawi ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !