13 Tempat Makan Best Sarapan Di Teluk Intan, Perak | Teluk Intan sebuah bandar yang terkenal dengan Menara Condong Teluk Intan, sebuah menara condong yang menjadi mercu tanda terkenal dan simbol bandar ini. Terdapat banyak kedai dan gerai yang menjual makanan dan hidangan tempatan yang terkenal, termasuklah makanan laut yang segar dan lazat serta kedai sarapan pagi yang best dan menarik.
Sementara berehat di Teluk Intan sebelum meneruskan perjalanan anda bolehlah mencari tempat untuk menjamu selera. Tapi dimana tempat makan yang best di Teluk Intan? Berikut merupakan tempat makan best di Teluk Intan, Perak yang anda harus cuba.
1. GERAI CHAH SABAR MENUNGGU – SARAPAN
Gerai ini terkenal dengan mee kicap mereka yang sedap. Ramai pengunjung yang hadir akan memesan menu mee kicap ini. Harganya juga sangat murah dan berpatutan dengan menu-menu yang disajikan di sini. Selain mee kicap, terdapat juga nasi lemak menu wajib di setiap kedai sarapan pagi, roti telur set ala orang putih dan set breakfast yang lain. Tunggu apa lagi, marilah datang beramai-ramai ke Gerai Chah Sabar Menunggu untuk merasai menu sarapan mereka yang mengasyikkan dan lazat.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jalan Mahkota, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-553 4179.
2. CARIBOU CAFE – SARAPAN
Caribou Cafe merupakan salah satu port sarapan yang sangat popular di Teluk Intan ini. Cafe ini menjadikan pilihan para pengunjung yang datang ke sini tak kira dari dalam atau luar dari kawasan ini. Ini kerana menu sarapan mereka yang menarik dan pelbagai seperti nasi kerabu, nasi lemka ayam, nasi ayam, pelbagai jenis roti. Roti Bakar, roti garlic dengan mushroom soup, roti telur, roti kaya dan banyak lagi. Kawasan dan persekitaran cafe ini juga snagat tenang dan bersih.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di No 1, Lot 2982, Lorong Masjid 7, Kampung Bahagia, 36000 Teluk Intan, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7.30 pagi sehingga 2 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-370 5259.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/cariboucafe185/?locale=ms_MY
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/cariboucafe185/?hl=en
3. GERAI PAK DERIS ( ROTI CANAI KARI KAMBING) – SARAPAN
Gerai Pak Deris menyajikan menu homemade burger omelette yang sedap. Terdapat isi ayam, lembu atau kambing di dalamnya. Disamping itu sos dan mayonis mereka juga 100% homemade. Ditambah pula dengan bawang karamel. Perghhh…. Memang sedap dan mantap! Aanda pasti menyukainya.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Perak, Teluk Intan, Pekan Teluk Intan, 36000. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Teluk Intan ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !