13 Tempat Makan Best Sarapan Di Seberang Perai, Pulau Pinang | Seberang Perai merupakan kawasan terbesar sekali di Malaysia. Bandar Butterworth juga merupakan pelabuhan utama Malaysia dan Bukit Mertajam turut terletak di kawasan Seberang Perai Tengah dekat Perai. Disebabkan kawasan Seberang Perai ini luas dan besar terdapat banyak port-port sarapan pagi yang best dan viral di sini yang korang tak tahu.
Jika anda sedang mencari tempat makan yang best di Seberang Perai tapi tak tahu dimana, Di sini dikongsikan beberapa tempat makan yang menarik untuk anda sarapan yang perlu anda cuba di sekitar Seberang Perai ini.
1. HOMESTYLE KOPITIAM – SARAPAN
Homestyle Kopitiam ini merupakan salah satu kedai sarapan pagi yang famous di Seberang Perai. Berkonsepkan kopitiam seperti dulu-dulu mereka menyajikan menu seperti roti bakar telur, sandwich, roti canai, nasi lemak aneka pilihan lauk, aneka jenis kopi dan pelbagai lagi. Kopitiam sangat popular di kalangan pengunjung yang datang ke Seberang Perai ini.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di No. 2795, Tingkat Bawah Wisma ING, Jalan Chain Ferry Taman Inderawasih, Prai, 13600, Perai, Pulau Pinang, 13600. Warung ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8 pagi sehingga 8.30 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 04-383 1153.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/homestylekopitiam/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/homestylekopitiam/
2. DELI’SHEZ STATION – SARAPAN
Deli’shez station ini juga merupakan tempat sarapan pagi yang tengah viral pada masa sekarang. Dahulunya mereka hanya beroperasi untuk makan tengahari dan malam, dalam bulan ini mereka telah beroperasi untuk sarapan pagi. Menu yang disajikan oleh mereka sangatlah menarik seperti breakfast western style, lontong kuah lodeh, mee kari, nasi lemak dan pelbagai lagi. Restoran ini sangat selesa dan dipenuhi kemudahan seperti penghawa dingin, surau dan tandas. Harganya juga berpatutan dan tidak terlalu mahal.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di No. 1453 Mukim 4 Permatang Pauh, 13500 Seberang Perai, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari tetapi untuk sarapan pagi hanya buka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja pada pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-408 5500.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/delishez.station.pp/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/delishezstation/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@delishez.station
3. JAI ROTI CANAI SEMPOI – SARAPAN
Sesiapa yang teringin nak makan roti canai yang sedap bolelah singgah di Jai roti canai ini. Roti canai mereka mendapat sambutan yang hangat dan rata-rata pengunjung yang datang memuji roti canai mereka. Disajikan dengan kuah dal yang cukup pekat dan rasa yang dapat menggugah selera anda. Selain roti canai biasa mereka mempunyai pilihan menu lain seperti roti sarang burung, roti telur mata, roti sardin, roti pisang cheese dan banyak lagi. Anda kalau datang ke Seberang Perai jangan lupa singgah dan cuba roti canai di sini ye!!
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Food Court, Lengkok Tenggiri, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6 pagi sehingga 11 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-463 3154.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Seberang Perai ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !