13 Tempat Makan Best Sarapan Di Mentakab, Pahang |

Nak sarapan tapi tak tahu kat mana?Apa kata anda cuba berkunjung ke port-port breakfast di Mentakab untuk mencuba makanan di sana. Tapi dimana nak cari tempat makan best tersebut? Berikut merupakan senarai beberapa port sarapan yang best di Mentakab, Pahang yang boleh anda singgah.

 

1. GERAI WARIS AWANG SIN – SARAPAN

Anda yang suka breakfast Roti canai sarang burung special anda boleh singgah di gerai ini. Roti canai mereka sangatlah sedap dan roti mereka bukan jenis lembut gebu, lebih kepada crunchy crispy sikit. Selain roti, mereka juga ada menyediakan nasi lemak, bihun goreng, mee goreng dan kuih-muih. Selain itu, gerai ini juga mudah untuk anda cari kerana terletak di tepi jalan dan kawasan perumahan.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di by pass Temerloh-Mentakab (Jalan Lama Highway Kl) berhampiran Taman Tualang Indah (Industry Park). Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-5115 5600.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/teh.terlajakkurus/

 

2. NASI LEMAK KAMPUNG BARU – SARAPAN

Bagi peminat nasi lemak, kedai ini merupakan kedai yang korang wajib singgah untuk mencuba nasi lemak mereka. Rata-rata pengunjung yang datang akan mencuba nasi lemak mereka kerana nasi lemak merupakan menu bestseller di kedai mereka. Mereka menyajikan pelbagai jenis lauk yang boleh digandingkan dengan nasi lemak. Anda cuma perlu datang dan pilih saja.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Kampung China, 28400 Mentakab, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 11 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 017-907 0270.

 

3. MARIA RESTORAN NASI LEMAK SOTONG – SARAPAN

Bagi penggemar sotong dan nasi lemak, restoran ini menyajikan menu sarapan pagi yang sedap dan viral. Nasi mereka yang lembut dan berlemak serta sotong yang fresh membuatkan korang terliur tengoknya. Harga makanan mereka juga murah dan berpatutan. Menu lain juga terdapat di sini, kalau korang taknak makan nasi lemak.

Korang bolehlah singgah ke sini,sekiranya korang datang melawat Mentakab. Boleh breakfast dengan keluarga atau rakan-rakan. Sesuai untuk semua.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 87, Kampung Catin, 28400 Mentakab, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 6.35 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 017-936 7173.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Mentakab ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply