Kejam. Tentera Israel Gantung Mayat Pemuda Palestin Dengan Jentolak. Ada Video.

| February 28, 2020 | 0 Comments

Kejam. Tentera Israel Gantung Mayat Pemuda Palestin Dengan Jentolak. Ada Video. | Baru ni seluruh dunia tergamam apabila melihat sebuah video kekejaman tentera Israel yang menembak mati seorang pemuda Palestin dan mayatnya digantung. Ada video.

Pemuda Palestin Ditembak Dan Mayat Digantung

Video ada di hujung artikel. Allahu kejamnya. Tentera Israel menembak mati seorang pemuda Palestin berhampiran sempadan pagar Gaza-Israel semalam kemudian membawa mayatnya dengan jentolak, seperti terakam dalam sebuah video yang mencetuskan kemarahan.

Rekod video tersebut telah diambil oleh seorang wartawan agensi media yang berpangkalan di Tebing Barat Al-Hadath, di mana dalam video itu menunjukkan mayat Mohammed Al-Naem yang berusia 27 tahun tergantung dari jentolak itu setelah ditembak mati di pagar Gaza-Israel.

Mangsa, Al-Naem adalah seorang anggota Briged Al-Quds yang berpangkalan di Gaza, sebuah sayap bersenjata dari puak rintangan Jihad Islam Palestin, agensi berita Safa melaporkan semalam.

Jentolak itu mendekati mayatnya ketika beberapa rakan Palestin lain cuba menyelamatkan mayat Al-Naem untuk mengelakkannya diambil oleh pasukan pendudukan zionis Israel.

Namun, mereka terpaksa melarikan diri apabila kenderaan itu mendekati mereka dengan laju, mengambil tubuh Al-Naem dengan pakaiannya dan membawanya pergi. Mayatnya yang lemah longlai tergantung tu jelas kelihatan ketika jentera tersebut berundur dari sempadan.

Selain dari as syahid Al-Naem, beberapa rakyat Palestin turut cedera dalam serangan itu, dengan salah seorang dari mereka dilihat cuba melarikan diri selepas dia ditembak di kaki oleh pasukan pendudukan Israel. Namun beliau sempat dibantu oleh rakan yang lain.

Menteri Pertahanan Israel Naftali Bennett mempertahankan tindakan ketenteraan yang dibuat sambil menyatakan bahawa tentera Israel cuba untuk mengambil badan seorang “pengganas”.

“Ini adalah bagaimana ia perlu dilakukan, dan inilah bagaimana ia akan dilakukan,” tulisnya.

“Israel seperti tidak tahu malu membunuh seorang lelaki muda yang tidak bersenjata, di depan kamera di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum.

“Penyalahgunaan tubuh mangsa betul-betul satu penghinaan di depan mata seluruh dunia dan ini adalah jenayah kejam dan tambahan kepada jenayah lain terhadap rakyat kita.”

Kemaskini – Terkini, sebuah NGO di Israel, Pusat Undang-Undang Hak Minoriti Arab di Israel, telah menuntut siasatan jenayah terhadap insiden itu dan menghantar surat kepada Ketua Umum Jenderal Tentera Israel, Sharon Afek, memperincikan bahawa tindakan “yang digambarkan dalam video itu dilihat sebagai jenayah perang dan terang-terangan pelanggaran undang-undang jenayah antarabangsa, dan hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. “

Video Boleh Tengok Di Sini : https://www.middleeastmonitor.com/20200224-israel-hangs-palestinian-martyr-from-bulldozer/

Sumber: Middle East Monitor

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *