PH Sokong Kembali Tun Mahathir. Ini Komen Balas DS Anwar | Pagi ni PH tiba-tiba setuju untuk sokong Tun Mahathir sebagai PM-8. Ini komen balas DS Anwar yang ditunggu ramai. Baca selanjutnya.
Itu Adalah Keputusan PH
Pencalonan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan adalah keputusan Pakatan Harapan (PH), kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Itu PH punya keputusan,” jawabnya ringkas ketika ditanya berhubung perkara itu.
Terdahulu, beliau bersama isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan meninggalkan kediamannya di Segambut di sini kira-kira jam 11.40 pagi tadi.
Ditanya ke mana tempat beliau akan pergi selepas ini, Anwar sekadar menjawab: “Ke kantor (pejabat)”.
Hari ini, Dr Mahathir menawarkan dirinya untuk menjadi calon Perdana Menteri.
Menurut Perdana Menteri Interim yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, beliau akan menyampaikan perkara semasa tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sementara itu, Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini juga menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.
Sumber: Sinar Harian