13 Tempat Makan Best Sarapan Di Seremban, Negeri Sembilan | Seremban yang merupakan awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga pusat perniagaan. Di sini, korang boleh dapat banyak kedai makan yang best-best dan viral. Korang tak perlu risau kalau datang ke Seremban, tempat makan terlalu banyak yang boleh korang singgah.

Korang kalau nak breakfast yang best-best dan sedap dekat Seremban tapi tak tahu kat mana. Di bawah kami ada senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Seremban, Negeri Sembilan.

 

1. WARUNG BAMBAM – SARAPAN

Warung Bambam menyediakan sarapan pagi seperti Nasi Lemak Berlauk, Roti Bakar Telur Goyang, Roti Stim & Roti Jala beserta pelbagai menu lain. Dekat sini, warung kampung menu kebabom, makanan insya Allah berpadanan dengan harga dan kat sini, korang boleh fefeeling kampong style. Warung ini merupakan warung yang viral kat Seremban ni, korang wajib singgah tau…

Berminat ingin datang ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di No 95, Kampung Chedang, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  019-733 6022 atau anda boleh terus email di [email protected].

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warung_bambam/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungbambam/

 

2. RESTORAN ABANG BUNCIT – SARAPAN

Restoran menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari. Special menu for sarapan, roti canai 50 sen, nasi lemak ayam goreng dan macam-macam lagi. Menu yang terdapat dekat restoran ni juga banyak dan korang mesti akan pening tak tahu nak order yang mana. Suasana kedainya yang tenang dan bersih, sangat selesa untuk korang breakfast.

Merancang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di 341, LORONG S2 E12/1, GARDEN HOMES, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin dan Selasa pada pukul 7.15 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi do no tel: 011-1155 0091.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoranabangbuncit/

 

3. MEDAN SELERA PENGHULU CANTIK – SARAPAN

Kalau korang nak try breakfast dekat medan selera yang ada dekat Seremban, korang boleh pergi ke Medan Selera Penghuu Cantik. Kat sini pelbagai jenis kedai sarapan pagi yang best dan sedap ada. Menu-menu sarapan pagi pon banyak kat sini, korang tinggal pilih je nak makan apa.

Antara menu yang ada dekat sini ialah roti canai banjir, roti canai telur mata, roti titab, nasi lemak, pelbagai jenis kuih-muih, lontong, soto, teh ais padu dan banyak lagi. Jangan lupa singgah kat medan selera ni kalau korang datang Seremban.

Berminat ingin datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Penghulu Cantik, Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  016-233 9077.

 

4. RESTORAN ANAK NOGORI – SARAPAN

Restoran Anak Nogori ni famous dengan roti sarang burung. So, bagi penggemar roti sarang burung ini kedai yang wajib korang singgah. Roti sarang burung yang dihidangkan dengan telur mata dan daging cincang yang sedap dan cukup rempah, pasti akan membuatkan anda terliur. Selain roti sarang burung, ada juga menu lain yang bestseller kat sini seperti nasi lemak, roti canai biasa, lontong, mee kari, soto dan banyak lagi.

Ingin datang pada hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 58, Jalan S2 G2, Garden Avenue, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-287 3070.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat sarapan terbaik di daerah Pontian ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin menambahkan tempat anda ke dalam daftar ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Pontian. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

 

Share.

Leave A Reply