Bantuan Latihan Perantis (BLP) 2023. Kriteria dan Cara Mohon | Bantuan Latihan Perantis(BLP) ini diberi oleh JKM di bawah Skim Kebajikan Masyarakat untuk bantu kewangan rakyat .Semakan permohonan bantuan perantis RM 200 Bantuan Latihan Perantis(BLP) 2023 untuk semua rakyat malaysia dari JKM Jabatan kebajikan Masyarakat.
Kita boleh tahu Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang giat untuk memberi banyak bantuan kepada sesiapa yang layak seperti mereka yang masih terkesan dengan pasca pandemik untuk tahun 2023
Sudah pasti golongan B40 terus diberi perhatian lebih supaya tiada yang tertinggal ke belakang terlalu jauh hingga berlaku jurang antara rakyat Malaysia hari ini.
BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)
Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah satu program yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka yang berada dalam kesukaran. Matlamat program ini adalah untuk memberi latihan kemahiran dan ilmu kepada mereka yang memerlukan, dengan tujuan meningkatkan kualiti hidup dan peluang pekerjaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang kewujudan program ini atau cara untuk membuat permohonan.
BLP adalah jenis bantuan yang bertujuan untuk bantu individu yang berada dalam klien JKM atau penerima bantuan JKM yang telah hilang dari sistem dan tidak miliki pekerjaan, dan juga mereka yang sebelum ini telah jalani latihan dan pernah berada di institusi kebajikan.
KADAR
RM200 sebulan seorang.
TUJUAN
Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir dari persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
- Kes-kes seliaan akhlak; atau
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
Kelulusan mengikut tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.Pelaksanaan bantuan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang telah maktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian bantuan dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan akan dikaji untuk dinilai bagi ketahui bahawa kelayakan itu adalah sah untuk bantuan kepada pemohon. Urusan ini sesuai dengan prinsip penyampaian bantuan yang berikut kepada yang layak dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan ini, pemohon diminta membawa dokumen penting yang lain semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
BORANG YANG BERKAITAN
1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Maklumat Lanjut
Untuk info lebih lanjut tentang Belanjawan 2023, anda boleh layari Portal Rasmi Kementerian Kewangan supaya anda dapat info yang sahih dan tepat. Maklumat lanjut tentang program lain di dalam Belanjawan 2023, anda boleh layari laman web Kementerian Kewangan.
Sebarang info lanjut dari Kerajaan bersama kita nantikan dan kami akan berikan anda info penting dari masa ke semasa. Seterusnya, info lebih lanjut yang datang dari bantuan ini boleh dilihat di Portal Bantuan Latihan Perantis (BLP).
Sebarkan Bantuan Latihan Perantis JKM 2023 Kepada Semua
Diharapkan agar artikel Bantuan Latihan Perantis JKM 2023 ini memberi manfaat kepada insan yang layak. Sebarkan laporan atau info bantuan ini kepada sahabat, jiran atau orang lain yang anda rasa layak untuk terima bantuan ini. Beringatlah bahawa mereka juga salah seorang dari kita, tetapi memerlukan lebih banyak bantuan serta dorongan.
Seterusnya, anda juga boleh tengok info terkini yang tepat dari kami di sini.
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat