ID Digital Malaysia : Identiti Digital Nasional (IDN) 2024 | ID Nasional (IDN) adalah pengenalan kepada digital yang digunakan untuk mendapatkan khidmat digital dan membuat transaksi dalam talian secara lebih selamat. IDN layak untuk semua rakyat Malaysia yang berdaftar.
Mungkin ada rakyat Malaysia kini berasa gelisah dengan pelaksanaan Program ID Digital Nasional (IDN) yang bakal bermula pada 2024.
Segelintir pengguna media sosial berkata IDN ini akan akan mebuat data peribadi rakyat mudah untuk dicuri.
Dato’ Paduka Dr Ibrahim Ali, Presiden Parti Putra turut akui bahawa IDN adalah satu “rantai ghaib” yang berada di atas badan manusia. Ianya menggunakan kaedah Artificial Inteligent (AI). Setiap pergerakan, cita rasa, hatta pikiran pemakai IDN adalah mudah dikawal seolah haiwan yang dikawal.
Namun adakah dakwaan ini benar? Apakah yang anda faham tentang program ini?
Jom kita baca lebih lanjut melalui artikel ini.
Apa Itu ID Digital Malaysia / Identiti Digital Nasional (IDN)?
IDN adalah suatu bentuk digital yang digunakan untuk peroleh khidmat digital dan membuat transaksi dalam talian secara lebih selamat. Satu usaha kerajaan dalam memberi keyakinan kepada rakyat dalam hadapi ekonomi digital.
Program ini adalah satu kaedah untuk pengesahan identiti manusia di alam maya melalui kaedah ‘What You Are’, ‘What You Have’ dan ‘What You Know’. Program ini dibantu dengan rangka kerja identiti digital yang dipercayai (trusted digital identity framework).
SASARAN PENGGUNA UTAMA
Sasaran utama pemilik IDN adalah rakyat Malaysia dan akan diperluaskan kepada pemastautin yang menetap di Malaysia.
CIRI-CIRI
- Platform IDN beroperasi pada tahap kepercayaan yang tinggi untuk warganegara, kerajaan dan komuniti perniagaan
- Setiap warganegara dan rakyat yang layak akan didaftarkan dalam program IDN
- Memanfaatkan data demografi JPN untuk pengeluaran IDN
- Data biometrik baru (Cap Jari, Iris dan Muka) dan data demografi tambahan akan disimpan di dalam pangkalan data IDN
- IDN adalah nombor rawak yang dihubungkan dengan nombor kad pengenalan di dalam pangkalan data IDN. Nombor Kad Pengenalan digunakan oleh Warganegara & Pemastautin Tetap untuk transaksi IDN.
- Biometrik pelbagai – mod (“multi-modal”) akan diambil bagi setiap pemohon yang mendaftar.
- IDN akan membolehkan pengesahan identiti secara nyata dan dalam talian, serta perkhidmatan e-KYC.
- IDN akan memastikan reka bentuk yang menekankan aspek keselamatan dan privasi.
ID Digital Nasional buatkan rakyat berurusan lebih mudah secara luar talian atau secara jarak jauh di alam maya. Penyediaan khidmat digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.
ID Digital Nasional tidak akan ganti MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan dibuat sebagai bentuk pengenalan digital yang berlaku ketika bertransaksi secara digital.
Cetusan Idea
Menteri Komunikasi dan Multimedia pada ketika itu, YB Gobind Singh Deo telah usulkan idea untuk ID Digital Nasional ini wujud pada Oktober 2018.
Mandat itu telah diberi kepada MCMC untuk model pelaksanaan dengan langkah akan datang untuk proses ID Digital Nasional.
Seterusnya, Kajian komprehensif bagi punyai satu rangka kerja Identiti (ID) Digital Nasional yang melalui pengguna untuk rakyat Malaysia telah bermula pada 21 November 2019.
Dengan adanya idea ini, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). Program ini telah dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Februari 2021.
MIMOS Sebagai Pusat R&D dan Pelaksana
MIMOS Berhad menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang bertanggung jawab sebagai pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) atau Digital ID dengan peruntukan awal sekitar RM80 juta.
Pada 21 November 2023, dilapor bahawa peruntukan itu akan disalur kepada MIMOS pada awal Disember 2023 oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kementerian umum bagi lancar program itu dengan kadar segera.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa MIMOS dalam proses membuat ID Digital untuk Malaysia.
“Ada keperluan segera, ada peruntukan untuk maksud tersebut (Digital ID) yang diluluskan KDN. Untuk mempercepatkan proses itu, kita segerakan dan minta program pelaksana itu diawalkan. Saya mendapat jaminan bahawa ia dapat disegerakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang dengan syarat kerajaan meluluskan peruntukan,”
Tarikh Pelaksanaan
ID Digital atau Identiti Nasional ini akan lanacar pada 2024.
Kelebihan Identiti Digital Nasional / ID Digital Malaysia (IDN)
- Pelaksanaan IDN ini buatkan rakyat peroleh suatu pengenalan diri digital unik yang akan diguna pakai dalam banyak urusan digital dan boleh menambah baik kualiti hidup.
- Semakan MyKad dapat terjadi dengan mudah dan cepat
- Urus niaga boleh dibuat secara selamat dengan akses saluran omni pada mana – mana peranti, bila – bila masa, di mana sahaja, malah dari luar negara.
- Perkhidmatan digital mampu membuat proses niaga menjadi mudah dengan adanya penanda tangan digital.
- Kerajaan juga akan peroleh platform untuk kumpul dan membuat pengesahan diri selari dengan digital terkini dengan merekod data biometrik baru (10 cap jari, muka dan iris) orang Malaysia secara khusus di JPN.
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia