13 Tempat Menarik Di Pahang Yang Harus Anda Lawati | Negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia, Pahang adalah sebuah negeri yang cukup bertuah, kaya dengan kawasan tanah tinggi dengan oksigen menyegarkan, hutan rimba dengan flora dan fauna yang terpelihara.

Pahang adalah lokasi yang sering dikunjungi oleh orang dalam mahupun luar negara. Kawasan tanah tinggi yang sejuk, hutan rimba yang menyegarkan mata serta tempat peranginan yang menarik mata semua orang. Siapa saja tidak tahu tempat peranginan di Pahang ini.

Tak percaya? Jom kita lihat tempat menarik di Pahang yang buatkan ianya sebuah negeri yang wajib anda lawati bila tiba musim cuti akan datang. Selain itu, anda juga boleh melihat info – info menarik Di Sini.

1. Japanese Village

Terletak di atas bukit di Bentong, Pahang adalah Kampung Jepun. Satu siri tarikan bertema Jepun yang mesti dikunjungi oleh mana-mana peminat budaya Jepun. Jika anda mencari pengalaman yang lebih tradisional, pergi ke Japanese Tea House, di mana anda boleh nikmati upacara minum teh tradisional Jepun!

2. Bukit Tinggi

Diinspirasikan oleh sebuah bandar di Perancis, Bukit Tinggi ialah satu lagi lokasi tanah tinggi di Malaysia. Seni binanya seperti istana Eropah, menjadi salah satu tempat yang unik dan istimewa yang ada di Malaysia ini. Udara yang sejuk dan menyegarkan serta pemandangan yang cantik adalah tarikan Bukit Tinggi ini kepada orang ramai.

3. Teluk Cempedak

Pasir putih pantai Teluk Cempedak bercampur dengan air yang tenang dan menjadi tempat yang menarik untuk dikunjungi. Teluk Cempedak ini juga adalah tempat di mana orang ramai boleh nikmati percutian mereka dengan melakukan aktiviti seperti berenang, sukan pantai, dan banyak lagi.

4. Air Terjun Sungai Pandan

Ramai yang suka menyejukkan diri di Air Terjun Sungai Pandan dengan berenang di perairannya yang menyegarkan sambil menikmati angin sepoi – sepoi. Mendaki di sepanjang laluan melalui jambatan gantung ke tebing yang lain, di mana anda boleh terjun ke dalam air dan sampai ke puncak air terjun.

5. Pantai Batu Hitam

Seperti namanya, Batu Hitam terbentuk dari pasir halus, putih dan batuan gunung berapi hitam walaupun tiada gunung berdekatan. Pantai adalah tempat yang bagus untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Pasir yang lembut, air yang bersih dan angin yang menyegarkan menjadikan tempat ini ideal untuk bersantai bersama orang tersayang atau rakan – rakan.

6. Taman Negara

Taman Negara ialah taman negara tertua di Malaysia. Kaya dengan variasi hidupan liar dan tumbuhan, hutan hujan berusia 130 juta tahun ini juga menjadi kebanggaan negara. Anda boleh melawat tempat ini untuk aktiviti alam semula jadi yang disediakan seperti trekking, canopy walk dan banyak lagi.

7. Bekelah Falls

Air Terjun Berkelah ialah satu lagi air terjun yang tersergam indah di daerah ini. Anda boleh nikmati kolam yang dalam di setiap peringkat air terjun tetapi anda mesti mendaki melalui denai alam semula jadi untuk mencapai tingkat yang lebih tinggi. Jangan risau, ada pemandu pelancong yang boleh memimpin.

8. Bukit Fraser

Hutan hijau yang subur di Bukit Fraser ini hanya 100km dari Kuala Lumpur. Kawasan ini adalah rumah kepada hutan hujan asli dan kaya dengan alam semula jadi, dengan pemurkaan yang buatkan suhu dingin. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini termasuk golf, hiking, melihat habitat burung dan banyak lagi.

9. Muzium Masjid Sultan Abdullah

Tugu yang seakan-akan Taj Mahal sekali imbas adalah masjid ketiga yang dibina di Pekan. Masjid ini berdiri tersergam indah dalam kemegahan berwarna putih bersih dan dengan kolam segi empat tepat di hadapan halaman. Tempat ini juga mengandungi artifak Muslim maka jika anda datang ke Pahang jangan lupa datang ke masjid ini.

10. Galeri Tenunan Sutera

Jika anda mencari fabrik berkualiti, anda harus mengatur lawatan ke galeri ini. Galeri Tenunan Sutera telah wujud selama lebih 200 tahun, dan kraf itu telah diwarisi secara turun temurun. Terdapat banyak produk sutera bercirikan corak berkotak – kotak yang disusun supaya urutan warna boleh ditukar dari benang yang disediakan.

11. Air Terjun Teladas

Hanya 10 minit dari bandar Maran, anda boleh datang sini dengan menaiki kereta. Ini adalah tempat yang sesuai untuk berkelah, berenang atau melihat air terjun berlata setinggi 50 meter ini dari dekat. Dikelilingi oleh hutan, ini adalah tempat yang indah untuk berehat dan nikmati masa yang menyeronokkan.

12. Bukit Buluh

Bukit Buluh dikenali sebagai Red Forest bagi kebanyakan pendaki. Lokaso yang berketinggian sekitar 371 meter dimana bagi peminat sukan ekstrem, mendaki Bukit Buluh bukan sesuatu yang sukar ditawan. Jika anda daki hingga ke atas, anda dapat nikmat pemandangan yang disajikan.

13. Bukit Seladang

Bukit Seladang atau disebut sebagai Bukit Pohon Sebatang adalah suatu tarikan bagi mereka yang mcintai aktiviti riadah. Ia menjadi tarikan orang dalam dan luar negara kerana pemandangannya yang indah ketika matahari terbit diwaktu pagi. Ia sangat sesuai untuk berjogging dan hiking.

 

Sebagai negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia, jadi tidak hairan kenapa begitu banyak sekali tempat menarik di Pahang ini, sebulan pun tak cukup untuk habis jejaki kesemua tarikannya. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda untuk rancang percutian anda.

Share.

Leave A Reply