13 Tempat Makan Malam Best di Nilai, Negeri Sembilan | Nilai adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Seremban. Bandar ini juga popular seperti Seremban kerana ia juga adalah sebuah tempat yang wajib dikunjungi sebagai salah satu tempat percutian yang menenangkan.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Nilai, Negeri Sembilan Melaka ini.
1. KAFE KASBIN – MAKAN MALAM
Kalau korang pertama kali pergi kesini, pasti korang akan repeat lagi. Kafe Kasbin adalah salah sebuah kafe yang popular di Nilai. Apa yang menarik dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis hidangan yang sedap dengan harga yang berpatutan. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Kerang Bakar, Asam Pedas Jenahak, Ikan Bakar, Sotong Bakar, Sotong Goreng Tepung, Sambal Udang, Siakap Stim dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati dengan kualiti makanan yang ditawarkan. Jadi, kalau korang bercadang makan bersama keluarga atau rakan-rakan. korang bolehlah cuba disini.
Lokasi ini di Kafe Kasbin, No. 149B, Jalan Besar Nilai, Kampung Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 12 tengah hari ke 2:30 malam dan dibuka semula pada 5 petang hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-8400078.
BUSINESS PAGE: https://kafekasbin.com/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kafekasbin/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kasbin.official/
2. AL JAMAL RESTAURANT – MAKAN MALAM
Sebut sahaja Al Jamal Restaurant pasti rasa yang sudah tahu akan restoran ini lebih-lebih penduduk sekitar Nilai. Al Jamal Restaurant adalah sebuah restoran Arabic yang menghidangkan keaslian makanan Yemeni. Restoran mendapat 4.7/5 di Google. Rata-rata pelanggan yang pernah ke sini memberikan maklumbalas baik tentang makanan, suasana, perkhidmatan dan harga. Kalau korang ada dekat sini, korang boleh cuba seperti Mandy Chicken Rice, Lamb Haneeth, Kunafah, Arabic Bread, Shawarma dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi ini di AL Jamal Restaurant Nilai, Avenue 9, Giant Nilai, Shop A 27 & A 28 014 3861, 450, Jalan BBN 1/3, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-7172842.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mataam.al.jamal/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/aljamal_restaurant/
3. MMA SANTAI CORNER – MAKAN MALAM
Kalau korang cari tempat makan malam untuk lepak, korang boleh ke MMA Santai Corner ini. Dekat sini, terdapat banyak jenis menu yang korang boleh dapatkan disini. Antaranya seperti Satay Ayam, Char Kuey Teow, Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Korang pasti akan gembira punya. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi restoran ini di Jalan BBN 1/1f, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-2602658.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/MMA-Santai-Corner-Nilai-N9-100063732722920/
4. SHARING WESTERN FOOD @ NILAI 3 – MAKAN MALAM
Korang craving makanan Western tapi tak tahu nak makan mana? Jangan risau, korang boleh ke Sharing Western Food @ Nilai 3. Kalau korang seorang big eater, tempat ini juga untuk korang kerana portion disini cukup besar. Memang puas lah orang kata. Bukan setakat itu harga juga cukup berbaloi untuk dibelanjakan. Korang takkan rasa menyesal punya lah. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi Sharing Western Food ini di PT16689, Jalan Nilai 3/10, 3, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari pada 11 malam hingga 10 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/SharingNilai/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@sharing.western.f
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Seremban ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Nilai ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!