Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga (Koperasi TNB) 2024 | Yayasan Amal Tenaga adalah satu yayasan yang dibina di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Permohonan bantuan ini adalah terbuka buat keluarga yang punyai anak di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti secara sepenuh masa di pusat pengajian yang diiktiraf.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Tenaga (YAT) kini memberi bantuan pelajaran kepada golongan yang berkelayakan.

Keluarga yang ingin membuat permohonan bantuan pelajaran, Yayasan Amal Tenaga telah membuka tawaran bantuan pelajaran dari Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga. Anda boleh memohon untuk anak anda yang masih berada di sekolah rendah, menengah dan IPT secara sepenuh masa mengikut syarat dan kelayakan yang diberi.

Berikut adalah mengenai bantuan pelajaran ini.

Mengenai Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Yayasan Amal Tenaga adalah yayasan yang wujud di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bagi bantu mereka yang memerlukan bantuan pelajaran, yayasan ini telah memperkenalkan bantuan pelajaran ini bagi galakan pembelajaran anak – anak mereka.

Bantuan tajaan ini terbuka kepada keluarga yang miliki anak di sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar Universiti/ Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa yang diiktiraf.

Pemohonan boleh membuat permohonan segera untuk memohon bantuan ini sebelum 15 Januari hingga 15 Februari 2024.

Tarikh Permohonan

Pemohonan boleh membuat permohonan segera untuk memohon bantuan Yayasan Amal Tenaga ini dari 15 Januari hingga 15 Februari 2024.

Pembahagian Bantuan & Kelayakan

Pemohon bantuan pelajaran Yayasan Amal Tenaga perlu sedia maklum pembahagian serta kelayakan bagi bantuan seperti berikut :

  • Terhad kepada 150 keluarga yang punyai anak di sekolah rendah dengan bantuan pelajaran sekitar RM250.
  • Terhad kepada 250 keluarga yang punyai anak di sekolah menengah dengan bantuan pelajaran sekitar RM500.
  • Terhad kepada 150 keluarga yang punyai anak yang belajar di Universiti/ Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa yang diiktiraf dengan bantuan sekitar RM750.

Nota :

  • Satu keluarga hanya layak peroleh salah satu dari bantuan di atas.
  • Permohonan terbuka kepada keluarga yang tidak pernah terima apa – apa bantuan atau tajaan dari pihak lain bagi tahun 2024.

Cara Memohon Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Keluarga yang berminat untuk memohon boleh rujuk pada langkah permohonan seperti berikut :

  1. Borang permohonan boleh anda dapati di Pejabat Yayasan Amal Tenaga yang berada di Pejabat Koperasi TNB, 96 Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur atau melalui laman web Koperasi di [Klik sini]
  2. Bagi pelajar Universiti / Institusi Pengajian Tinggi, sila sertakan bersama borang permohonan dan surat pengesahan dari pihak Universiti/ Institusi Pengajian tinggi.
  3. Semua salinan dokumen dan salinan penyata gaji terkini telah disahkan oleh Ketua Jabatan tuan/ puan bagi tujuan pengesahan dokumen yang dicatat.
  4. Sebarang kiriman melalui fax / e-mel / pdf / ‘Whatsapp’ tidak akan dilayan. Sila hantar permohonan melalui pos atau hantar terus ke pejabat Yayasan Amal Tenaga.
  5. Pembayaran hanya dibuat melalui bank yang tertera seperti Maybank, CIMB, BIMB, BSN dan Bank Rakyat sahaja.
  6. Sila isi borang pengisytiharan pendapatan yang diberi jika tidak miliki pendapatan tetap / bekerja sendiri dan disah oleh Ketua Kampung/Nazir Masjid/Pengerusi Surau.
  7. Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan perlu hantar melalui pos sahaja ke alamat berikut:

Yayasan Amal Tenaga
96, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon yang berminat dengan tawaran bantuan Yayasan Amal Tenaga ini juga diminta untuk kemukakan bersama senarai dokumen seperti yang berikut :

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan atau Surat Daftar Kelahiran (kanak – kanak) yang jelas dan terang.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Akaun Bank.
  4. Salinan Nombor Akaun Bank/Slip Pengesahan akaun.
  5. Salinan Sijil Cerai/Sijil Kematian (suami / isteri) (jika perlu).
  6. Surat Pengesahan Pendapatan/slip gaji.
  7. Surat Pengisytiharan Pendapatan/Surat Akuan Sumpah.
  8. Surat Pengesahan dari sekolah / Universiti.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga, sila layari laman web Koperasi TNB di http://www.koptnb.com/.

Share.

Leave A Reply