13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Lumut Perak | Bandar Lumut ini memegang identiti sebagai bandar tentera laut ini menyimpan variasi tarikan yang mesti anda singgahi walaupun sekali di dalam hidup. Bandar yang kaya dengan sejarah dan pantai yang indah ini mampu mengukir memori yang sukar dilupakan seisi keluarga.

Dari pantai cantik sampai lokasi bersejarah, Lumut ada banyak pengalaman yang memukau. Anda boleh cuba makanan sedap kat Restoran D’Warisan, meredah hutan kat Pusat Ekologi Vale, atau seronok – seronok kat Frenzy Waterpark. Lumut ni memang tempat yang sesuai untuk percutian anda. Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar tentera ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di Ipoh ini.

1. Pantai Teluk Batik

Pantai yang berpasir putih, dengan air laut yang jernih beserta dengan pukulan ombak yang tenang ini menjadi pilihan ramai orang yang bercuti kerana kesesuaiannya untuk dibuat tempat mandi – manda dan bermain sukan air seperti Big Mable dan Banana Boat.

2. Jeti Lumut

Untuk mengisi perut sebelum naik kapal di jeti ini, anda tak perlu susah – payah mencari kedai makan di tempat lain kerana di sini sahaja banyak pilihan makanan tersedia seperti mee udang yang enaknya bukan kepalang, air kelapa yang segar, cendol dan macam – macam lagi.

3. Teluk Senangin

Pantai yang ditumbuhi pokok rhu di sekitarnya, Pantai Teluk Senangin adalah sebuah anugerah alam yang mempesonakan dengan pasir halus dan ombak yang tenang, menjadikan ia salah satu pantai pilihan untuk mandi – manda dan beraktiviti air oleh penduduk di sekitar.

4. Taman Paya Bakau

Taman Paya Bakau yang berada kurang dari 10 minit pemanduan dari Bandar Lumut ini adalah sebuah tarikan semula jadi yang lengkap dengan laluan pejalan kaki berkepanjangan 366 meter dan lebar seluas 6 kaki. Anda sekeluarga dapat melihat banyak jenis hidupan flora dan fauna sambil hirup udara segar.

5. Rockbund Fishing

Rockbund Fishing adalah sebuah lokasi yang menarik untuk anda lawati bersama keluarga. Seperti namanya, tak sah jika datang ke sini tanpa membawa peralatan memancing. Di samping itu, sekitar Rockbund Fishing ini juga lengkap dengan variasi fasiliti seperti surau, kedai makan, dewan dan banyak lagi.

6. Pulau Marina

Pulau Marina bukan lah pulau yang biasa kerana ia adalah satu – satunya pulau buatan manusia yang ada di Malaysia. Pantai yang berada  bertentangan dengan Pulau Pangkor ini boleh diakses secara terus dari Pulau Pangkor dengan memandu melalui jambatan yang menghubungkan kedua buah pulau indah ini

7. Frenzy Waterpark

Frenzy Waterpark adalah salah satu tarikan hebat jika anda singgah ke Pulau Marina. Taman tema air yang berada di Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini miliki permainan membasahkan badan yang serius best! Mendebarkan namun dalam masa yang sama cukup menyeronokkan. Memang rugi kalau tak cuba.

8. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor yang boleh diakses dari Jeti Lumut ini menempatkan banyak khazanah alam yang dapat mengujakan anda sekeluarga. Pantai-pantai di sini yang cukup terjaga, berpasir putih bersih dapat memukau sesiapa sahaja yang melihat.

9. Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut

Keindahan lanskapnya membuatkan jiwa teruja bukan kepalang. Menyajikan pemandangan air laut yang tenang, di samping air terjun buatan dengan bunyi air mengalir yang cukup menyegarkan, kolam ikan koi dan banyak lagi. Anda juga boleh mengatur dengan pihak resort untuk lakukan banyak aktiviti menarik seperti menaiki Banana Boat, ATV, memanah dan banyak lagi.

10. Pusat Ekologi Vale

Pusat Ekologi Vale yang dibuka pada tahun 2015 bertujuan untuk memelihara hutan Teluk Rubiah seluas 715 ekar merangkumi kawasan darat, sungai dan pesisir pantai. Syarikat perlombongan Vale dengan kerjasama Malaysian Nature Society (MNS) dan NGO untuk uruskan pusat ekologi ini kerana banyak khazanah alam yang bernilai di kawasan sini.

11. Lumut Waterfront

Sekitar 1 km dari Jeti Lumut adalah sebuah lagi tarikan, Lumut Waterfront yang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi berjalan – jalan bersama keluarga sambil nikmati pemandangan air tenang di sepanjang sungai. Anda juga boleh nikmati makanan seperti ais kacang yang ada di sini dengan ditemani angin sepoi – sepoi bahasa yang menyapa tubuh.

12. Bukit Engku Busu

Inginkan aktiviti yang lebih thrill sewaktu di Lumut? Ini adalah salah satunya, berjungle trekking di Bukit Engku Busu. Bukit yang berketinggian 331.4 meter ataupun 1087 kaki ini adalah puncak yang paling tinggi di bandar Lumut. Untuk sampai ke puncak bukit ini, anda boleh melalui trek yang telah disediakan yang berkepanjangan sekitar 1 km.

13. Kota Belanda

Kota Belanda yang ada di Pulau Pangkor ini adalah sebuah peninggalan sejarah yang wajib dilihat. Di sini anda dapat melihat sisa peninggalan sebuah struktur yang dibina sekitar tahun 1670 untuk tujuan penyimpanan bijih timah yang dikumpulkan dari sekitar negeri Perak.

 

Cukup banyak sebab untuk anda jadikan Lumut sebagai tempat percutian bersama keluarga pada musim cuti akan datang. Dari hutan – hutan hingga lah ke bandar – bandar ini. Semuanya Menarik! Rancanglah perjalanan anda dari sekarang supaya dapat nikmati keseronokan di Lumut ini. Jangan lupa untuk tempah penginapan di Booking.com. Selamat bercuti!

 

 

Share.

Leave A Reply