13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Parit Buntar Perak | Dikenali dengan jolokan nama “Bandar Membaca” dan “Rice Bowl of Perak” jadikan ia sebagai tempat menarik di Parit Buntar Perak. Pusat bandar Parit Buntar adalah bandar yang terbesar di daerah Kerian dan berhampiran dengan Taiping, Nibong Tebal di Pulau Pinang dan Bandar Baharu di Kedah.
Parit Buntar Malaysia lokasi yang strategik untuk dibuat sebgai tempat untuk melancong. Hal ini kerana, ia adalah sebuah kawasan yang dekat dengan negeri – negeri lain seperti Kedah dan Pulau Pinang. Oleh itu, telah disediakan senarai tempat menarik Parit Buntar serta kawasan yang sesuai untuk dikunjungi.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar klasik ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di Parit Buntar ini.
1. Menara Jam Besar
Mercu tanda di Parit Buntar Perak tidak lain tidak bukan iaitu Menara Jam Besar sebagai tempat menarik di Parit Buntar. Selain itu, bangunan ikonik ini menjadi lambang kemajuan dan kemakmuran bagi penduduk pusat bandar Parit Buntar yang bebas dari penjajah.
2. Pantai Ban Pecah
Keindahan pantai Ban Pecah dengan keunikan bongkah batu tidak dapat kita sangkal lagi. Pelbagai aktiviti kebiasaan di pantai seperti memancing, ambil gambar, membina istana pasir dan mandi – manda boleh dibuat di sini. Tumpuan lokasi bercuti sering kali tidak lengkap jika tidak singgah bersantai di pantai.
3. Taman Pinggiran Sungai Kerian
Sebuah taman rekreasi di Taman Pinggiran Sungai Kerian adalah lokasi yang sesuai untuk dikunjungi di Parit Buntar Malaysia. Hal ini kerana, ianya adalah titik pertembungan antara 3 negeri sebelah utara iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Di tepi Sungai Kerian juga punyai suasana yang tenang membolehkan aktiviti seperti memancing, berbasikal dan joging.
4. Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal
Dari Parit Buntar ingin menuju ke Nibong Tebal, jangan lupa untuk singgah ke Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal pada waktu malam. Alami melihat keindahan cahaya kelip – kelip seakan – akan kelipan bintang di pokok bakau pada waktu malam dengan menaiki bot menelusuri di sepanjang sungai.
5. Taman Negeri Bukit Panchor
Taman Negeri Bukit Panchor adalah tempat percutian terbaik untuk seisi keluarga di Nibong Tebal. Kawasan seluas 155 hektar juga disebut sebagai Hutan Lipur Bukit Panchor dan bersempadan dengan negeri Kedah. Malah kawasan yang agak lapang membolehkan aktiviti berkelah dan mandi – manda dilakukan di sini.
6. Spritzer EcoPark
Rata-rata sudah pasti mengenali air mineral Spritzer bukan? Ia turut punyai taman yang tersendiri iaitu Spritzer EcoPark yang berada di Taiping. Selain itu, taman rekreasi ini dibuka pada tahun 2015 dan menempatkan banyak tempat menarik sambil melihat kehijauan alam semula jadi.
7. 5D Art Paradise Taiping
Mencari tempat yang lain dari yang lain di Taiping? Mari, kunjungi ke 5D Art Paradise Taiping yang semestinya menarik. Kawasan ini menempatkan banyak lukisan dan prop efek ilusi yang menarik di setiap ruang dalam bangunan ini. Anda boleh posing dan ambil gambar dengan semua jenis lukisan di sini sebagai kenang – kenangan.
8. Charcoal Factory Kuala Sepetang
Keunikan di Charcoal Factory Kuala Sepetang iaitu kilang pembuatan arang secara tradisional menjadikan ia sebagai tempat terbaik untuk anda lawati. Selanjutnya, proses menyiat kulit pokok kayu bakau dibuat dan diguna untuk mendapatkan pewarna yang asli.
9. Matang Mangrove Forest Reserve
Berkeluasan 40 000 hektar, menjadikan Matang Mangrove Forest Reserve sebagai hutan paya bakau terbesar di Malaysia. Pelbagai aktiviti yang dibuat di sini iaitu taklimat dan praktikan pokok bakau, hutan paya laut, Mangrove Forest Walk 1.5km, menyemai benih bakau dan melawat kilang arang kayu.
10. O&G Hotel Parit Buntar
11. Ikan Kurau Homestay
Mencari tempat tidur yang menenangkan jiwa sambil mancing? Mari datang ke Ikan Kurau Homestay iaitu rumah yang menghadap laut sambil melihat suasana dan pemandangan matahari terbenam. Terdahulu, Kuala Kurau adalah perkampungan nelayan kecil di mana adanya Homestay yang berusia kira – kira 50 tahun lamanya.
12. Brader’s Cafe
Brader’s Café salah satu tempat menarik di Parit Buntar Perak untuk penggemar western food. Selain itu, menu chicken chop terbesar yang disebut dengan nama “The Giant Chicken Chop” adalah tarikan utama di kafe ini dengan harga yang berbaloi. Bukan di Parit Buntar sahaja malah kafe ini turut punyai cawangan lain di Jawi, Taiping dan Bagan Serai.
13. Pasar Malam Pekan Lama Parit Buntar
Pasar Malam Pekan Lama Parit Buntar yang berada berhadapan Menara Jam Besar cukup gamat dengan kehadiran pengunjung pada setiap hari Jumaat. Pelbagai deretan kedai yang menjual pelbagai barangan dengan harga berpatutan yang boleh diperoleh di sini.
Sampai di sini sahaja senarai tempat menarik di Parit Buntar. Semua tempat yang disebut ini buatkan anda teruja dengan aktiviti yang mereka adakan. Diharap artikel ini dapat bantu anda rancang percutian anda di Parit Buntar ini. Malahan ianya sebuah bandar yang menarik dan menyeronokkan untuk anda lawati. Selamat Bercuti!