13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Yan, Kedah | Khalifah Media Networks – Yan adalah sebuah daerah yang berada di negeri Kedah. Yan ini amat lah popular dengan keindahan alamnnya dimana ianya menawarkan pemandangan yang menakjubkan seperti gunung, hutan dan sungai yang mengalir. Oleh kerana tempat ini kaya dengan keindahannya, terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi seperti kafe.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Yan, Kedah ini.
1. BLAST COFFEE – KAFE
Anda seorang Coffee Lover? Kalau jawapan anda “Ya”, Blast Coffee adalah tempat untuk anda. Kalau nak tahu, Blast Coffee adalah sebuah kafe yang mempunyai specialty dalam pembuatan kopi. Rata rata pelanggan yang pernah kunjung ke sini, mereka memberikan reaksi positif terhadap kopi disini. Memang terbaik lah. Selain kopi, mereka juga ada menyediakan pelbagai menu lain seperti Set Roti Bakar, Chicken Chop dan banyak lagi. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi ini di Lot 9, Jln Pulasan 2, 06900 Guar Chempedak, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Rabu pada 3 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-9123213.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Blast-Coffee-100064658160631/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/blastcoffee_/
2. JUNGLE COFFE SHOP – KAFE
Kalau anda ada di Yan, pasti anda akan menyukai kafe satu ini. Jungle Coffe Shop adalah sebuah kafe unik yang digemari oleh orang ramai. Dimana kafe ini dikelilingi oleh kawasan hutan yang menenangkan. Kafe ini selalu dijadikan sebagai salah satu port melepak bagi yang inginkan ketenangan dari kawasan bandar. Dekat sini, anda boleh cuba pelbagai minuman kopi dan juga teh sambil menikmati keindahan disini. Nampak menarik bukan? Jadi, selamat mencuba!
Lokasi Jungle Coffee Shop ini di QCWM+6R, 08300 Yan, Kedah dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 7 petang.
3. ROUTE 22 CAFE – KAFE
Inginkan suasana yang tenang? Anda boleh kunjungi ke Route 22 Cafe. Kalau nak tahu, Route 22 Cafe adalah sebuah kafe viral di Tiktok akan keindahan kafe ini. Suasana disini cukup tenang ditambah pula dengan hiasan sekitar kafe dan pokok pokok. Kafe ini mempunyai dua kawasan yang anda boleh pilih sama ada di kawasan luar atau dalam. Bukan setakat itu sahaja, kafe ini amat lah sesuai untuk seisi keluarga kerana dekat sini bermacam macam hidangan yang anda boleh dapatkan. Antaranya Grilled Chicken Chop, Swedish Meatballs, Spaghetti Carbonara Streaky Beef, Grilled Chicken Chop, Grill Salmon dan banyak lagi. Nampak sedap bukan? Boleh lah datang singgah disini.
Lokasi Route 22 ini di 1, Jalan Batas Ubi, Batu 22, Jalan Batu 22 Baru, 06900 Yan, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Khamis pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-8052101.
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Yan ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Pendang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!