13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Cheras Kuala Lumpur | Cheras adalah sebuah pinggir bandar yang berada di selatan – timur di KL. Nama pun bandar, semestinya ada banyak tarikan di sini dan ini termasuklah tempat makan yang juga sangat menarik.
Anda mencari tempat menarik di Cheras? Temukan Sg Long Waterfall, Masjid Taman Cheras Jaya, Taman Cheras Hartamas, dan banyak lagi. Jom tengok disini! Dalam kehidupan yang penuh dengan rutin harian, kita semua pasti merasa perlu untuk mengambil rehat sejenak dan menjauh dari hiruk – pikuk keseharian.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Sg Long Waterfall
Jika korang mencari tempat untuk larikan diri dari hiruk – pikuk bandar, Sg Long Waterfall adalah pilihan yang tepat. Terletak di tengah – tengah alam semula jadi yang subur, air terjun ini menawarkan pemandangan yang menenangkan dan suasana yang damai.
2. Masjid Taman Cheras Jaya
Bagi peminat seni bina Islamik, Masjid Taman Cheras Jaya adalah lokasi yang tidak boleh dilewatkan. Reka bentuk yang indah dan seni ukiran yang rumit pada bangunan masjid ini pasti akan memukau mata korang. Selain sebagai tempat ibadah, masjid ini juga adalah contoh cemerlang seni bina Malaysia.
3. Taman Cheras Hartamas
Apabila korang mahu menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga atau rakan – rakan, Taman Cheras Hartamas adalah tempat yang sesuai. Taman ini memberi banyak kemudahan rekreasi dan juga taman permainan kanak – kanak, gelanggang sukan, dan kawasan berkelah.
4. Lake Valley
Ingin habis kan masa di tepi tasik yang indah? Lake Valley adalah lokasi rekreasi yang menarik di Cheras. Tempat ini memberi pemandangan tasik yang cantik dan suasana yang damai. Ia juga adalah tempat menarik di Cheras yang populer untuk bersantai, bersama keluarga atau sendiri.
5. Masjid Bandar Tun Hussein Onn
Terletak di Cheras, masjid ini bukan sahaja tempat ibadah tetapi juga lambang kecantikan seni bina Islam. Masjid Bandar Tun Hussein Onn adalah contoh cemerlang seni bina Islamik yang menarik. Dengan kubah dan menara yang megah, masjid ini mencuri tumpuan dan menjadi lambang kemajuan bandar.
6. MCC Crawler Park
Tempat menarik di Cheras ini menawarkan laluan mencabar dan banyak halangan yang mengujakan untuk kereta Crawler. Jadi, kalau korang ingin mencuba pengalaman memandu yang luar biasa, pastikan MCC Crawler Park ada dalam senarai korang.
7. K88 Alam Damai Food Court
Malam yang sempurna di Cheras tidak lengkap tanpa mencuba hidangan tempatan yang lezat. K88 Alam Damai Food Court adalah tempat menarik di Cheras yang sempurna untuk mencari banyak hidangan makanan yang memuaskan. Dari hidangan Melayu hingga Cina, korang pasti akan menemui sesuatu yang menggoda selera.
8. Hutan Bukit Ketumbar
Kerajaan Negeri cadang untuk jadikan Hutan Bukit Ketumbar di Taman Cheras di sini sebagai hutan komuniti sekali gus jadikan ia tarikan terbaharu pelancongan Selangor. Hutan ini memberi peluang untuk anda rasai pengalaman berada di tempat yang tenang dan segar jauh dari kota yang sibuk.
9. Air Terjun Sofea Jane
Kalau nak yang boleh dikatakan dekat dengan Kuala Lumpur, anda boleh ke Air Terjun Sofea Jane yang berada di Kemensah. Memang dekat juga kerana Kemensah ni berada di belakang Zoo Negara yang adalah landmark yang terkenal di KL dan Selangor. Anda perlu melalui jalan menghala ke belakang Zoo Negara dan naik jalan yang berliku untuk pergi ke air terjun ini.
10. Air Terjun Sungai Gabai
Kalau anda ingin kan ketenangan dan jauh dari haruk – piruk kota, anda boleh datang dekat sini. 23 km dari Bandar Cheras dan terletak di dalam Hutan Simpan Sungai Lalang. Air terjun yang masih jernih, air yang dingin, kelestarian alam yang masih terjaga pasti anda akan terpukau.
11. Kolam Air Panas Sungai Serai
Kawasan yang miliki tema alam semula jadi ini antara yang dekat jika anda menginap di hotel sekitar Cheras atau Kajang. Kolam air panas ini juga luas & mudah untuk diakses dengan kenderaan dari jalan besar. Apa yang menarik, anda juga boleh datang pada waktu malam untuk merasai kehangatan air panas semula jadi di sini.
12. DIY & Lifestyle Cafe
Lokasi ini mungkin akan menarik hati penggemar kek berbanding tembikar dan cat! Selain bengkel tembikar, Good Times Studio di Paradigm Mall juga miliki bengkel membuat kek untuk anda merapatkan hubungan bersama rakan – rakan atau pasangan dengan bermain tepung dan gula.
13. Bukit Chenuang
Bukit Chenuang yang berada di daerah Hulu Langat punyai potensi untuk menjadi pilihan para penggemar aktiviti pendakian selepas Bukit Broga kerana trek dari pintu masuk Hutan Lipur Sungai Chongkak ke puncak Bukit Chenuang lengkap dengan tanda arah yang jelas serta memudahkan.
Cheras adalah lokasi yang tidak hanya menawarkan keindahan alam semula jadi tetapi juga kepelbagaian rekreasi dan budaya. Dari air terjun hingga masjid yang indah, tempat menarik di Cheras menawarkan pengalaman yang berbeza dan bermakna. Jadi, jangan terlalu lama terperangkap dalam rutin harian. Ajak keluarga dan rakan – rakan untuk menjelajahi tempat menarik di Cheras yang pasti akan memeriahkan hidup korang.