13 Pulau/Pantai Menarik yang Boleh Dilawati di Pulau Pinang|Khalifah Media Networks – Penang adalah negeri yang popular dengan keindahan pantai dan panorama pulau yang mereka miliki. Menjadi sebuah pusat pelancongan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan pelancong luar negara. Rata-rata mereka memilik Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan yang harus dilawati. Dalam artikel kali ini, saya menyenaraikan kepada anda senarai pulau/pantai yang indah dan cantik untuk membantu anda memilih lokasi yang menjadi pilihan hati.
1. Pantai Batu Ferringhi – pantai
Merupakan sebuah pantai yang luas dengan aktiviti air yang banyak dan menarik untuk dicuba. Antara aktiviti yang ada seperti jetski, parasailing, banana boat dan banyak lagi. Lebih meriah kalau datang beramai-ramai bersama keluarga atau sahabat. Tidak perlu risau jika tiada kelengkapan mandi yang lengkap. Di sepanjang pantai ada deretan gerai yang jual peralatan mandi seperti sut/baju mandi, pelampung, goggles dan sebagainya.
Waktu malam pula, kawasan tepi pantai meriah dengan pasar malam yang dibuka setiap hari bermula waktu senja sehingga 12 tengah malam. Banyak barang yang boleh anda dapat di sini. Pasar malam ini menjual makanan, pakaian, kraf tangan, cenderamata serta barang-barang branded (fake item) dengan harga yang mampu milik.

2. Pantai Esen – pantai
Pantai tersembunyi yang semakin dikenali ramai. Tempat ini masih lagi baru di teroka oleh pengunjung. Pantai esen tidak luas seperti pantai lain. Namun, view di sini sangat memukau. Ramai yang sanggup datang semula kerana jatuh cinta pada keindahan panorama yang ada di sini. Pemandangan matahari terbenam antara sebab utama pengunjung hadir ke pantai ini.
Untuk sampai ke pantai, anda perlu mendaki selama 10 hingga 15 minit dari jalan utama kerana pantai ini agak tersembunyi. Mahu lebih ekstrim, sewa motor atv untuk harungi jalan yang penuh dengan pokok dan batu dengan pemandangan pantai dan laut.

3. Pantai Kucing (Cat Beach Santuary) – pantai
Terletak di Teluk Bahang, Pantai Kucing (cat beach) menjadi syurga untuk kucing. Di sini, terdapat tempat perlidungan kucing yang di jaga oleh ngo. Misi asal mereka adalah memberi perlindungan keselamatan dan kesihatan kepada kucing-kucing yang terbiar atau sakit di sekitar kawasan Teluk Bahang. Namun, sejak pantai ini semakin popular dengan kunjungan pelawat, jumlah kucing semakin meningkat.
Pantai ini sangat sesuai kepada sesiapa yang minat melancong dan suka pada haiwan comel ini. Kucing-kucing di sini semua comel dan sangat manja. Jangan lupa belai sebelum balik!
Tempat ini masih memerlukan bantuan derma kerana jumlah kucing yang makin banyak. Antara bantuan yang masih tidak cukup makanan, ubat, kewangan dan kertas lama.

4. Pantai Malindo – pantai
Pantai yang cantik dengan panorama matahari terbenam ini berada di Balik Pulau. Sesuai dijadikan tempat riadah bersama keluarga, kawan dan pasangan. Untuk sampai ke pantai ini anda perlu menerusi jalan kampung kerana lokasi agak sembunyi. Namun, berbaloi dengan pemandangan cantik disini. Jadi port yang menarik untuk ambil gambar.
Pihak berkuasa tempatan menaik taraf pantai ini dengan membina jalan trek merah. Tempat ini luas, sangat sesuai untuk mengayuh basikal.

5. Gertak Sanggul – pantai
Pantai Gertak Sanggul adalah sebuah perkampungan nelayan. Suasana di sini sangat berbeza dengan bandar. Kawasan yang tidak sibuk, tenang dan aman. Jauh dari hiruk pikuk bandar Georgetown. Bagi anda yang mencari tempat seperti ini, Gertak Sanggul boleh menjadi pilihan utama.
Lebih menarik, kawasan ini kaya dengan makanan laut yang fresh. Banyak kedai makan di sini menjual menu makanan laut dengan harga yang berbaloi. Lagi puas bila makan tepi pantai dengan angin bayu yang meniup. Pantai ini menarik untuk dilawati.

6. Teluk Bahang – pantai
Teluk Bahang sebuah kawasan pantai yang luas dan terdapat sebuah kampung nelayan. Tempat pelancongan yang popular berada tidak jauh seperti Escape Penang, Penang Forest Museum dan Spice Garden. Berdekatan kawasan pantai pula terdapat banyak chalet untuk tidur malam di sini. Kalau anda menginap di Teluk Bahang boleh singah ke tempat-tempat ini.
Tapak untuk camping juga disediakan untuk anda yang mahu berbumbungkan bintang. Waktu pagi pula, anda boleh melihat nelayan yang baru turun dari laut dengan hasil tangkapan mereka. Ini akan memberi satu pengalaman baru buat anda.
7. Pantai Monyet – pantai
Pantai Monyet terletak di laluan Taman Negara Penang. Jangan takut untuk ke sini, nama pantai ini diberi sebab kisah sejarahnya sahaja, sekarang pantai ini juga dikenali dengan Teluk Duyung. Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki bot dari Batu Ferringhi dalam 20 minit untuk sampai. Kalau nak lebih mencabar, anda boleh memilih untuk hiking 2 jam dari Teluk Bahang.
Tempat ini menjadi pilihan kerana pasir pantai yang putih bersih dan air yang jernih. Suasana tenang jauh dari sibuk bandar.

8. Tanjung Bungah – pantai
Tempat ini dahulu merupakan kawasan jeti nelayan yang sunyi dan terpencil. Sekarang dengan wujud banyak tempat menarik berdekatan situ, maka Tanjung Bungah turut senarai tempat yang wajib lawat jika datang Penang.
Di sini aktiviti air banyak di lakukan oleh para pelancong. Seperti kayak, sampan, boat ride dan sebagainya. Untuk aktiviti pantai boleh main bola tampar dan bola sepak. Tanjung Bungah menjadi tempat yang menarik untuk anda lawati!

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 pantai menarik di negeri Pulau Pinang. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewpulaupantaikmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Pulau Pinang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!