13 Pulau/Pantai Menarik yang Boleh Dilawati di Johor | Khalifah Media Networks – Terbenam dalam kekayaan alam yang sangat indah, Johor tawarkan pelbagai pulau dan pantai yang menarik untuk anda lawati. Dari keindahan pantai berpasir putih hingga ke eksotisme pulau-pulau terpencil, Johor adalah destinasi yang sempurna untuk para pelancong yang cari pengalaman menyeluruh dalam alam semula jadi.

 

1. PULAU BESAR

Pulau Besar, di Laut China Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia, adalah sebahagian daripada gugusan pulau yang indah. Dikelilingi oleh Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung, dan Pulau Tinggi, dengan pantai yang pasirnya putih dan bersih.

Air yang bersih mengelilingi setiap pantai di pulau-pulau ini kerana mereka terdedah kepada laut lepas, menyebabkan ombak bersihkan pasir pantai daripada lumpur. Puncak tertinggi di Pulau Besar dapat capai ketinggian 2,000 kaki dari aras laut.

Kredit Imej: PTT Outdoor

2. PULAU RAWA

Pulau Rawa, salah satu pulau yang tercantik di Malaysia, tawarkan keunikan dan keistimewaannya tersendiri. Dikenali juga sebagai ‘Merpati Putih’ oleh penduduk asal, pulau ini terkenal dengan kehadiran banyak burung tersebut.

Pasirnya yang putih di satu bahagian, dan di bahagian lain penuh dengan tebing batu yang tinggi. Airnya jernih dan hidupan marin yang pelbagai ragam termasuk pelbagai spesies ikan, kurita, reptilia, helang, dan pelbagai spesies burung ada di pulau ini.

Kredit Imej: Melancong.my

Kredit Imej: Tripadvisor

3. PULAU AUR

Pulau ini dikenali sebagai tempat untuk anda lari daripada kesibukan bandar, Pulau Aur tawarkan suasana yang tenang dan nyaman dengan air laut yang bersih. Pengunjung tempatan dan luar tempatan sering datang ke pulau ini untuk dapatkan ketenangan dan nikmati keindahan pantai ini.

Pelbagai kemudahan seperti aktiviti berkayak, restoran, akses internet, dan pakej percutian ada dekat sini dengan harga yang berpatutan, Pulau Aur ini adalah pilihan utama untuk anda santai bersama keluarga dan nikmati keindahan alam.

Kredit Imej: Tripadvisor

4. PANTAI MINYAK BEKU

Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor, terkenal dengan pemandangan pantainya yang indah dan menjadi lokasi terbaik untuk anda tengok matahari terbenam di ufuk barat. Selain itu, terdapat bukit berbatu di pantai ini yang jadi tarikan pelancong untuk nikmati pemandangan Selat Melaka. Terletak dengan Kampung Minyak Beku. Kampung ini menyimpan khazanah sejarah yang berharga telah dibuka sejak 1818.

Kredit Imej: Petit Go

5. PANTAI DESARU

Desaru, pantai yang terkenal di kalangan orang Johor dan pelancong, menjadi destinasi utama untuk bercuti bersama keluarga. Dengan banyak kemudahan resort sepanjang pantai, pengunjung dapat nikmati pelbagai aktiviti menarik seperti snorkeling, jet ski, dan parasailing. Pada waktu malam, pengunjung juga boleh melihat kunang-kunang di Sungai Lebam, anda dapat bawa anak-anak anda rasai keseronokan percutian di sini.

Kredit Imej: Expedia Malaysia

Kredit Imej: Sikidang

6. PANTAI PENYABONG

Pantai Penyabong, hanya 36km dari bandar Mersing, tawarkan banyak tarikan dan aktiviti untuk pengunjung. Ini termasuk bot, kayak, memancing, berkhemah, dan meredah hutan yang dekat dengan pantai tersebut.

Pengunjung juga dapat melawat kampung Melayu tempatan atau pulau semasa perjalanan pulang. Terdapat empat pusat peranginan pantai yang sediakan penginapan bajet dan pertengahan serta kemudahan mesyuarat. Kawasan Penyabong ini memang diistiharkan sebagai kawasan pelancongan.

Kredit Imej: Tripadvisor

7. PANTAI BATU LAYAR

Pantai ini terletak berdekatan dengan Desaru dan Bandar Penawar, Pantai Batu Layar terletak lebih kurang 70 km dari bandar Kota Tinggi dan 170 km dari Johor Bahru. Pengalaman di pantai ini sangat berbeza dengan suasana sunyi dan kurang sesak berbanding dengan pantai-pantai terkenal seperti Desaru dan Tanjung Balau. Di sini, anda dapat nikmati pantai yang lebih luas dan lembut.

Kredit Imej: BeachSearcher

Kredit Imej: Astro Awani

8. PANTAI TANJUNG BALAU

Tarikan utama pantai di Tanjung Balau adalah pada formasi batuan akibat hakisan angin (wind-stress rock) yang boleh dilihat jelas ketika air surut. Terdapat juga Muzium Nelayan Tanjung Balau dibuka pada 1993 yang berkonsepkan kehidupan dalam perkampungan nelayan jadi rujukan utama untuk dapatkan sumber maklumat, sejarah dan khazanah nelayan dalam negara. Memang banyaklah aktiviti yang korang boleh buat dekat sini.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 pantai menarik di negeri Johor. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewpulaupantaikmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Johor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply