Kenapa Lepas Accident Tak Boleh Minum Air? | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Ramai dalam kalangan masyarakat masih tidak tahu bahawa mangsa kemalangan jalan raya tidak digalakkan untuk diberi minum air sementara menunggu paramedik tiba.

Minum air

Perkara itu dikongsikan oleh seorang saksi kemalangan yang menyaksikan sendiri bagaimana seorang remaja yang cedera selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kereta meminta air kerana kehausan.

Menurut saksi, walaupun mangsa masih sedar dan boleh bercakap, orang ramai di lokasi menasihatkan agar dia tidak diberi minum sehingga ambulans sampai.

“Tak boleh bagi air, bahaya makcik”

Beberapa minit kemudian, ibu kepada mangsa tiba di lokasi dengan membawa sebotol air mineral. Namun, seorang lelaki sempat menegur dan memberi penjelasan.

“Tak boleh bagi air kat dia, bahaya makcik. Kalau dia minum, risau air tu masuk ke paru-paru sebab susah nak telan. Nanti dia boleh meninggal. Dia dah sakit sebab accident, jangan pulak makcik jadi penyebab anak makcik pergi sebab air,” katanya.

Ibu mangsa yang masih bimbang tetap mempersoalkan perkara itu dengan alasan anaknya kehausan, namun lelaki berkenaan menegaskan ia berisiko dan tidak selamat.

Perkara yang tidak boleh dilakukan selepas kemalangan

Berdasarkan panduan asas kecemasan, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan terhadap mangsa kemalangan:

❌ Jangan beri makan atau minum air kepada mangsa.

❌ Jangan biarkan mangsa terlelap kerana dikhuatiri ada kecederaan otak.

❌ Jangan sesuka hati mengalihkan mangsa.

❌ Jangan urut atau tekan kawasan yang cedera.

❌ Jangan cabut helmet mangsa motosikal, kecuali ia memang sudah tercabut.

Risiko perubatan jika diberi minum

Seorang lagi individu di lokasi kemalangan menjelaskan, mangsa dalam keadaan trauma atau ‘shock’ berisiko mengalami kecederaan dalaman yang tidak dapat dilihat dari luar.

“Kalau diberi minum, ada kemungkinan salur darah pecah. Lagi satu, kalau mangsa perlu menjalani pembedahan segera, risiko muntah semasa bius boleh membahayakan nyawa.

Sebaiknya tunggu ambulans dan sembang dengan mangsa supaya dia tidak pengsan,” katanya.

Penjelasan Perubatan

Menurut seorang perubatan dari TikTok @dr1share, dalam keadaan trauma dan shock, tubuh mangsa mungkin mengalami pendarahan dalaman. Jika air diberi secara tergesa, ia boleh mengakibatkan muntahan atau darah tersembur keluar dengan tiba-tiba.

Tambahan pula, berdasarkan panduan Mayo Clinic sebuah autoriti perubatan antarabangsa jelas menyatakan: “Don’t let the person eat or drink anything.” (Jangan biarkan mangsa makan atau minum apa-apa) ketika menolong mangsa shock.

@dr1share Kenapa tak boleh bagi mangsa accident minum air SEBABNYA ADALAH….. This is just my THOUGHT…#dr1share #shouldbeme ♬ original sound – DR1 – Drwanshare

Kesimpulan

Walaupun ramai beranggapan memberi minum air sekadar untuk melegakan dahaga, tindakan itu sebenarnya boleh memburukkan keadaan mangsa.

Menurut pakar kecemasan, langkah paling selamat adalah menunggu paramedik dan jika mangsa terlalu dahaga, cukup sekadar membasahkan bibir dengan air tanpa menelannya.

Kesedaran ini penting agar orang awam tidak melakukan kesilapan yang boleh meragut nyawa mangsa kemalangan.

Sumber & Disalin semula : THREAD

Video : @dr1share

Share.
Leave A Reply