Aku Panda. Sampai Rumah. Tiba2 Budak Perempuan 4 Tahun Masih Pakai Pampers Sambut Makanan.
“Aku sampai rumah adik tu, aku park moto aku kat laman dia yang kosong tu, and then aku bagi salam. Lama aku bagi salam, baru ada suara laki menyahut.”
Tadi dalam pukul 8 malam aku tengah buat panda, dapat satu order kuey teow bandung. Sampai rumah customer, aku nampak pagar terbuka luas, pintu rumah pun terbuka cuma berpagar yang aku assume berkunci.
Kereta moto semua tak ada dekat depan. Sawang penuh dekat luar. And then, keluar sorang budak perempuan, dalam 4–5 tahun, masih pakai pampers. Order tu COD RM12, tapi dia hulur RM10 je. Dia pun pergi cari baki RM2 dalam rumah gelap tu, masuk keluar bilik, selak bawah kerusi tapi tak jumpa jugak.
Aku tanya “ibu ada tak? ayah ada tak?” tapi dia diam je, pandang aku macam tak faham. Rumah pun nampak kosong. Tv tak ada, cuma ada cuckoo dekat rak.
Aku mula fikir budak ni selalu kena tinggal sorang sebab tu cuckoo dia letak dekat tempat rendah yg senang budak ni nak capai untuk minum. Lastly aku cakap “takpe dik, abang belanja.” Dia ambik makanan tu. Tapi aku tanya lagi, “adik duduk sorang ke?” Dia tetap diam.
Meaning dia faham bila aku cakap aku belanja sebab duit dia tak cukup tapi dia senyap bila aku tanya mana parents dia. Masa tu hujan lebat gila siap petir.
Aku nak tunggu kejap teman dia dari luar, tapi takut jiran salah faham. Ada laa dalam 10–15 minit tak nampak langsung orang besar dalam rumah tu. Sumpah rumah tu gelap and kosong. Ada sofa tapi tak complete. Tv tak ada. Lampu depan je yang bukak. Masa ni naluri bapak2 aku dah start mencanak.

AKU TERPAKSA PERGI
And then order baru dah start masuk and aku kena gerak. Lepastu sampai sekarang aku risau. Patut ke aku call polis suruh check budak tu? Rumah gelap, kosong, budak kecik, hujan lebat… memang tak sedap hati.
Kalau aku call polis nanti, takut jadi menyusahkan parents budak tu pulak. Tah laa. Tapi aku tetap pikir budak kecik macam tu tak patut biar sorang dalam rumah malam2. Macam2 boleh jadi.
Sabar kejap ye gang. Dah ada update. Tadi pergi rumah tu balik. Alhamdulillah, rumah betul. Duit pun tak jadi daun. Sekarang tengah hantar order customer jap. Pukul 12 habis. Jangan marah2 ye. Semua akan dapat jawapan sebentar lagi. Last order ni. Nak aku buat thread baru ke atau update dekat sini?

CERITA SELEPAS ITU
U P D A T E !
Takut aku baca komen semua.garang2 semua macam rimau. Hahah. Ok sttp. Macam last aku cakap kat komen bawah tadi aku nak pergi balik rumah tu kan. Aku nak pergi tapi masa tu hujan lebat and hujan lebat, order akan tak berhenti masuk. Tapi rasa risau yang sangat menebal dengan noti dari thread pun tak berenti masuk dari tadi sampai nak habis bateri aku, aku decide bagi phone kat member aku, suruh dia joki. Lepastu aku gerak rumah adik tu. Ada plot twist yang agak menyedihkan.
Aku sampai rumah adik tu, aku park moto aku kat laman dia yang kosong tu, and then aku bagi salam. Lama aku bagi salam, baru ada suara laki menyahut. “Waalaikumsalam, siapa tu?” Aku dengar suara tapi aku tak nampak orang. Aku dah risau teruk masa ni sebab phone takde. Mati kering aku kat situ. Aku tanya “abang kat mana tu?” Dia jawab “bukak tingkap dekat tepi ni dik. Abang tak boleh bangun.” Tingkap tu tingkap bilik dia. Aku pun tarik and buka.
Nampak sorang laki tengah terbaring and ada budak perempuan dengan sorang budak laki dekat tepi dia. 1st aku tengok tu, masa tu aku rasa nak menangis. Padahal tak start sembang apa lagi ni. Kalau aku dah rasa terkejut tengok ruang tamu dia, 10 kali lagi terkejut tengok bilik dia. Tak perlu aku perincikan dekat sini sebab aib dia.

INI PERBUALAN AKU DAN AYAH BUDAK PEREMPUAN TU
Aku terus start perbualan and aku quote balik seingat yg boleh tapi point sama.
Aku: maaf ganggu bang malam2. Tadi saya ada hantar makanan dekat rumah abang. Anak abang yg perempuan ni yang sambut. Maaf kalau saya cakap ni tapi saya jadi tertanya mana pergi mak ayah adik ni sebab tengok rumah macam tak ada sapa duduk, and yang keluarnya budak perempuan sorang . Saya tanya dia, dia tak jawab. Hampir nak call polis tadi. Saya minta maaf ya bang. Tapi boleh saya tau, abg tak boleh bangun ke?
Dia jawab
Abang tu: oh takpa dik. Abang lumpuh separuh badan dari pinggang ke kaki. Kalau abang order panda malam2, memang anak abang yang tolong ambikkan.
Aku: so makanan tadi memang untuk abang laa ya? Sebab tadi dia bagi duit tak cukup rm2. Lepastu saya tanya dia mana ayah, mana ibu. Dia tak jawab. Saya jadi musykil sikit laa dekat situ dengan tengok keadaan rumah sekali. Hampir nak call polis tadi dah bang.
And then abang tu cerita sikit pasal keadaan dia, and aku tanya mana isteri dia, and aku decide tak perlu aku share dekat sini mana pergi isteri dia. Paham2 sendiri jela.
Abang tu ada dapat bantuan dari jkm tapi macam biasa laa tak cukup. Dia order panda pun sebab malam, tak ada siapa yang urus dia. So dia tak ada pilihan, dia call panda walaupun tahu mahal. Siang ada family dia datang uruskan dia tapi bukan setiap hari. Sebab tu keadaan rumah tu macam tu.


BUKAN MISTERI, SEMUANYA WUJUD
So, in conclusion, rumah tu wujud. Adik tu wujud, bapak dia pun wujud. Mak dia taktau pi mana. Malas tanya lebih kat abang tu. Paham2 sendiri jela kan bila laki dah jadi lumpuh separuh badan, tak semua orang sanggup.
Aku cuma tertanya, macam mana nanti kalau anak dia dah nak start sekolah, siapa yang nak handle? Abang tu memang tak boleh bangun dah. Memang akan terbaring je. Nak pakai wilca pun siapa yang nak tolong angkatkan.
So aku decide isnin nanti aku nak pi jumpa yb tempat aku, suruh dia tengok sikit rakyat dia ni. Jangan sibuk sangat dekat sabah tu.
So gitu laa cerita dia. Korang rasa aku patut buat apa? Dalam fikiran aku yang terlalu extreme ni, aku nak buat anak angkat je anak dia tu. At least ada laa orang yang boleh hantar pergi sekolah. Ke macam menyibuk sangat?
Btw, ini bukan cerita rekaan ya. Ini bukan content ke apa. Esok aku dengan kawan2 panda aku yang lain decide nak pergi lagi rumah abang tu kalau berkesempatan. This time, aku cuba rakam apa yang perlu. Of course dengan kebenaran dia.

Sumber : THREADS @mohzulll




