Ada Buaya Sesat, Penduduk Dengkil Perlu Berhati-Hati | Penduduk sekitar Taman Dengkil Jaya, Dengkil dekat sini dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti air selepas seekor buaya dewasa dilihat berenang di dalam tasik di taman perumahan itu, lewat petang semalam.
Reptilia ganas sepanjang 2.1 meter itu dipercayai tersesat dari sungai berdekatan.
Jurucakap bomba berkata, sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan daripada orang awam pada 8.30 malam tadi.
Menurutnya, bomba tiba di lokasi 15 minit kemudian dan mendapati buaya itu masih berada dalam tasik berkenaan.
“Penduduk dinasihatkan supaya tidak menghampiri dan menjalankan aktiviti berhampiran tasik.
“Operasi seterusnya diserahkan kepada pejabat Perhilitan Hulu Langat untuk tindakan lanjut ke atas reptilia berkenaan,” katanya.
Sumber : HM