(Ada Video) Detik Aligator Gergasi ‘Melahap’ Spesis Sendiri Bikin Ramai Gerun! | Seorang lelaki sempat merakam detik cemas aksi seekor ‘alligator’ bersaiz gergasi memakan spesiesnya sendiri yang bersaiz kira-kira 6 kaki di South Carolina, baru-baru ini.

(Ada Video) Detik Aligator Gergasi 'Melahap' Spesis Sendiri Bikin Ramai Gerun!

Menurut laporan Mirror UK, rakaman tersebut menunjukkan haiwan pemangsa itu sedang menggigit seekor aligator dipercayai anak alligator sebelum menelan keseluruhan badan mangsa.

Alligator yang lebih kecil itu dikatakan cuba melepaskan diri dengan menghayunkan ekornya, namun tidak berjaya.

Portal tersebut turut menyebut bahawa video berkenaan telah dirakam seorang individu yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di kawasan belakang rumah ibu bapanya.

Menurut satu ‘postingnya’ di media sosial, dia telah memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku di sebuah paya berdekatan belakang rumah ibu bapanya dan ‘snek’ yang ditelan alligator tersebut merupakan anak yang bersaiz enam kaki.

Jelasnya, aligator yang lebih kecil itu dipercayai telah memakan seekor anak aligator pada minggu lalu, iaitu beberapa hari sebelum dibunuh.

Menurut Pegawai Ikan dan Hidupan Liar yang dipetik dari Mirror UK, tabiat alligator untuk memakan spesies sendiri itu merupakan lumrah reptilia berkenaan.

Sumber: Mirror UK 

Share.

Leave A Reply