(Ada Video) Gerun! Detik-detik Cemas Lelaki Hampir Digilis Kereta Api | Tular satu video di media sosial yang memaparkan aksi bahaya seorang lelaki yang dilaporkan hampir sahaja dilanggar oleh sebuah kereta api selepas dia dilihat berada di landasan kereta api, baru-baru ini.

(Ada Video) Gerun! Detik-detik Cemas Lelaki Hampir Digilis Kereta Api

Menerusi video terbabit yang dikongsikan di Instagram @terang_media, lelaki itu dilihat sedang cuba menyelamatkan motosikalnya yang tersekat di landasan kereta api namun tidak lama kemudian, sebuah kereta api sedang menuju laju ke arahnya dan kejadian tersebut dilihat oleh penduduk kampung yang berada di kawasan berdekatan.

Mereka cuba memanggil lelaki tersebut dan dapat didengari teriakan penduduk setempat yang memberikan amaran kepada lelaki tersebut namun penunggang motosikal itu tampak tidak menghiraukan meskipun penduduk setempat sudah berusaha ‘menyelamatkan’ lelaki terbabit.

Kereta api tersebut dilihat melintasi lelaki itu sementara lelaki tersebut pula kekal di tengah-tengah landasan berkenaan. Dikhabarkan lelaki terbabit terselamat dari ‘digilis’ kerana kereta api tersebut dilihat  sempat memperlahan kelajuannya dan berhenti seketika.

Dari informasi yang dikongsikan oleh akaun Instagram terbabit, lelaki itu mempunyai masalah kesihatan sehingga menyebabkan orang ramai susah untuk berkomunikasi dengannya.

Kejadian penunggang motosikal hampir dilanggar kereta api tersebut dikhabarkan telah terjadi di Desa Karangdukuh, Jogonalan, Klaten, Jawa Tengah, Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terang_Media (@terang_media)

Sumber: Instagram 

Share.

Leave A Reply