(Ada Video) Ini Ucapan Hebat Erdogan Yang Buat Hati Dunia Barat Gentar! | Nama Erdogan ini tidak asing lagi dalam dunia Islam selain digelar antara pemimpin Islam yang dipandang tinggi serta turut ‘digeruni’ oleh dunia Barat melalui ucapannya. Mari kenali insan hebat ini yang menjadi antara pemimpin Islam yang dihormati dunia.
Recep Tayyip Erdogan adalah presiden ke – 12 Turki sejak 2014, dan sebelumnya beliau telah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Turki selama tiga penggal iaitu sejak tahun 2003.
Pada tahun 2020, Presiden Turki ini juga telah dinobatkan sebagai pemimpin Muslim paling popular di dunia menurut indeks antarabangsa . Bahkan kemasyhurannya dilaporkan telah melebihi Raja Arab Saudi dan bekas Presiden Iran Rouhani.
Bukan itu sahaja, pemimpin ini telah berjaya mengimbangi antara kuasa ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Rusia, menangani sekatan ekonomi AS, memupuk perjanjian perdagangan bebas sesama negara Islam (termasuk Malaysia), mengusahakan kestabilan Syria dan Libya serta memperjuangkan pembebasan Palestin daripada Zionis.
Oleh itu, mari ikuti intipati ucapan Presiden Turki yang penuh berkobar-kobar ini sehingga mampu membuatkan dunia barat tidak senang duduk!