Sekurang-kurangnya 132 orang dilaporkan maut dalam kejadian runtuhan jambatan gantung di Morbi Gujarat, India, baru-baru ini.
Memetik Laporan Hindustan Times, angka kematian itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri Gujarat, Harsh Sanghavi pada pagi ini.
Menurutnya pasukan penyelamat termasuk National Disaster Response Force (NDRF) telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat yang dijalankan sejak semalam.
Katanya, semua orang bekerja sepanjang malam termasuk tentera laut, NDRF, tentera udara dan tentera darat yang tiba dengan pantas. Lebih 200 orang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
Ketua Pegawai Keselamatan Morbi, Sandeep Singh Jhala berkata bahawa jambatan yang beroperasi selama 15 tahun itu telah diselenggara oleh sebuah syarikat.
Bagaimanapun, ia telah ditutup bagi memberi laluan kepada proses pengubahsuaian dan dibuka semula pada 26 Oktober lalu.
Jelasnya lagi, kami tidak tahu sama ada syarikat itu mempunyai lesen atau tidak untuk membuka semula jambatan tersebut.
Sewaktu kejadian, seorang saksi melaporkan detik-detik ketika jambatan tersebut roboh hanya dalam beberapa saat.
Jambatan itu dipercayai sesak dengan ratusan orang yang berkumpul ketika itu.
Sementara itu, Ketua Menteri, Bhupendra Patel turut meninjau lokasi kejadian dan mengemas kini keadaan semasa kepada Perdana Menteri, Narendra Modi.
Difahamkan, lebih 150 orang telah berjaya diselamatkan setakat ini.
Dalam pada itu, Narendra yang turut tiba di lokasi kejadian menzahirkan rasa sedih terhadap insiden tersebut. Beliau juga memaklumkan bakal memberikan pampasan sebanyak RM11,481 kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.
Sehingga kini, kes itu masih disiasat oleh pihak polis.
મોરબી પુલ દૂર્ઘટના સ્થળે પુરજોશમાં ચાલી રહી છે રાહત અને બચાવ કામગીરી, તંત્ર સતત ખડેપગે #MorbiBridge #Rescueoperation #Gujarat pic.twitter.com/dfGpdGFSL9
— Gujarat Information (@InfoGujarat) October 30, 2022
Sumber: Hindustan Times