Jenazah Mati Tak Bayar Hutang. Apa Tindakan Nabi SAW? | Khalifah Media Network – Jika disebut mengenai hutang pastinya terarah kepada kisah pada zaman Rasulullah SAW yang mana baginda enggan menyempurnakan solat jenazah bagi orang yang tidak melunaskan hutangnya.

jenazah

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Setiap hutang manusia di dunia tetap perlu dilunaskan sekalipun kita sudah meninggal dunia. ‘Pertalian’ dengan orang yang kita berhutang itu tetap ada.

Sebahagian ulama menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan hutang sesama manusia itu ialah hutang yang sengaja tidak dibayar. Ketika itu, seseorang itu akan terus menanggung dosa sehinggalah dia menghadap Allah SWT.

Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa isu ‘hutang’ ini tidak boleh tidak boleh dibuat ‘main’. Ia tetap perlu dijelaskan meskipun ketika itu kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan jika sekiranya orang-orang terdekat mahupun ahli keluarga kita meninggal dan masih menanggung hutang ketika almarhum masih hidup? Apa tindakan yang diambil oleh Rasullulah S.A.W sewaktu menghadapi perkara ini? Ikuti perkongsian video di bawah untuk mengetahui kisah selanjutnya..

 

Lelaki Berang Dengar Bacaan Al-Quran Dalam Komuter | Khalifah Media Network – LONDON: Seorang penumpang lelaki berasa geram apabila penumpang beragama Islam membaca al-Quran di dalam komuter di tengah London. Lelaki tersebut bangun dan menegur penumpang yang beragama islam tersebut. Dia mengganggap bahawa penumpang tersebut tiada adab.

Lapor Daily Mail, lelaki itu dengan tegas memberitahu penumpang tersebut supaya ‘menghormati hak orang lain’ semasa dia meneruskan bacaan tersebut pada pukul 6.40 pagi, 27 November lalu.

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply