(Ada Video) Kalau Niat Puasa Untuk Kurus Dapat Pahala Tak ? | Khalifah Media Network – Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib diketahui, diyakini dan diamal

kan oleh seseorang muslim. Bagi setiap Muslim yang berpuasa, Allah akan memuliakannya. Puasa yang kita lakukan ini bukan sahaja akan memberi kepentingan di akhirat malah turut memberi manfaat dalam kehidupan kita di dunia juga.

(Ada Video) Kalau Niat Puasa Untuk Kurus Dapat Pahala Tak ?

Salah satu kebaikan berpuasa di dunia ialah puasa dapat menjaga kesihatan tubuh badan setiap orang dan menjauhkan mereka daripada penyakit. Sedangkan salah satu manfaat untuk akhirat, iaitu puasa dapat menjadi perisai kita dari bahang panasnya api neraka kelak.

Selain itu, puasa juga mempunyai faedah perubatan. Malah, selalunya lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, sering kita dengar bahawa mereka menyertakan niat berdiet dalam menjalankan ibadah puasa. Lalu, apakah sebenarnya hukum bagi orang yang berpuasa dengan niat untuk berdiet atau kurus?

Menurut Hadis riwayat Al-Bukhari menjelaskan bahawa puasa memerlukan niat. Jadi, bagi orang yang tidak berniat awal, puasanya tidak sah.

ا الْأَعْمَالُ النِّيَّاتِ

Yang bermaksud, “Sahnya beberapa amalan bergantung kepada niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Ingin ketahui lebih lanjut tentang isu ini? Mari ikuti kupasan lanjut bersama PU Azman melalui video di bawah..

 

Firdaus Wong Harap Solat Boleh Rapatkan Saf Macam Penyokong Duduk Rapat Di Stadium | Khalifah Media Network – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di laman Instagram tampil bersuara agar saf di masjid dan surau dapat kembali dipenuhkan seperti situasi di dalam stadium ketika perlawanan piala Malaysia tempoh hari.

Firdaus Wong Harap Solat Boleh Rapatkan Saf Macam Penyokong Duduk Rapat Di Stadium

Piala Malaysia 2021 yang berlangsung Selasa lalu antara Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan ramai apabila tular foto dimana kebanyakan penonton yang hadir didakwa tidak mengikut SOP sepenuhnya.

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply