Seorang kanak-kanak di India yang dilahirkan dengan penyakit tulang rapuh masih bersemangat menjalani hidup seperti biasa walaupun tulangnya pernah patah 100 kali.
menerusi laporan Daily Mail, Rohit, 12, menghidap penyakit tulang rapuh, osteoporosis yang sangat teruk sehingga sedikit sentuhan sahaja boleh menyebabkan salah satu tulangnya patah.
Keadaan itu mengakibatkan Rohit tidak dapat membesar normal dengan hanya memiliki 43 sentimeter ketinggian dan berat 15 kilogram.
Sepanjang hayatnya, dia patah hampir 100 tulang dengan secara puratanya kira-kira lapan tulang dalam tempoh setahun.
Rohit yang dilaporkan berasal dari Uttar Pradesh bergantung kepada ibu sepenuhnya untuk bergerak.
Keadaannya yang kerap mengalami kesakitan teruk sepanjang hari juga menyebabkan dia sering dipulaukan termasuk tiada sekolah menerimanya.
Ia menyebabkan kakaknya mengajar Rohit membaca di rumah.
Menurut kanak-kanak itu, dia tidak akan membiarkan kekurangannya itu sebagai penghalang untuknya mengejar impian bergelar seorang penyanyi apabila dewasa kelak.
Pada masa ini tiada ubat untuk osteoporosis tetapi mereka yang mengalami keadaan itu boleh mendapatkan rawatan untuk membantu melindungi serta menguatkan tulang mereka.
Rawatan boleh membantu memperlahankan tulang rapuh dalam badan dan beberapa rawatan boleh merangsang pertumbuhan tulang baharu.
Sumber: Daily Mail