(Ada Video) Makcik Sanggup Redah Bahaya Demi Rakam Ombak Besar | Telah tular satu video di media sosial berkenaan seorang wanita mempamirkan lagak ‘ngeri‘ selepas dia diihat berani merakamkan detik kedatangan ombak besar di pantai, dipercayai berlaku di sekitar kepulauan Indonesia, baru-baru ini.

(Ada Video) Makcik Sanggup Redah Bahaya Demi Rakam Ombak Besar

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok, @Ardinatacol, wanita terbabit pada asalnya dilihat berada di kawasan rumput berdekatan pantai sambil memegang kemas sebuah kamera beserta monopod di tangan.

Dia  kemudiannya tersenyum ke arah kamera sambil menantikan kedatangan ombak besar dari arah laut menuju ke situ, dalam masa sama sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Dalam masa beberapa saat sahaja ombak besar pun tiba dan ‘menghempas’ kawasan tersebut dan wanita itu pun berkata “Dapat pun ombaknya..yang besar,” sambil menjerit serta kelihatan gembira.

Setibanya ombak besar di situ, wanita itu dilihat masih mampu mengawal badannya supaya tidak tenggelam. Namun tidak lama kemudian, tubuhnya terjatuh ke dalam air akibat impak ombak yang agak kuat.

Wanita itu yang tadinya kelihatan gembira terus bertukar ‘senyap’ selepas dia dilihat tertolak ke arah longgokan dahan pokok mati, selain mencungap-cungap kepenatan dipercayai akibat tenggelam timbul di situ.

Rakannya yang lain datang ke arahnya. Namun, ‘nyawa’ kamera lebih penting berbanding nyawanya sendiri apabila mereka berteriak berkata “Ambil kamera! Ambil kamera!” ketika itu.

Video yang berdurasi 29 saat itu telah mendapat perhatian netizen selain ia mendapat jumlah tontonan sebanyak 844 ribu tontonan serta ribuan perkongsian dari warganet yang rata-ratanya tidak boleh ‘menghadam’ tindakan yang dilakukan wanita terbabit.

Video tersebut telah dikongsikan di facebook Pak Yayan Mohi dengan kapsyen yang bertulis, “Cuman orang Indonesia yang bole begini.

Tambahnya, “Bukan bagini juga kalo mau cari mati tante..soee sekali ini ee, lebe bae depe camera yang selamat daripada depe nyawa. Pongaa,”.

Lihat perkongsian video di bawah.

Sumber: Facebook

Share.

Leave A Reply