(Ada Video) Netizen Persoal Keperluan Konvoi Polis Potong Di Garisan Berkembar | Setiap kali pemandu dan penunggang motosikal kawasan ‘jalan raya tunggal’, kita perlu sentiasa peka dan berhati-hati kerana sudah banyak kes kenderaan memotong di garisan berkembar secara berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
Baru-baru ini pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati setelah menonton satu rakaman video pendek dashcam di mana sebuah kereta peronda polis mengiringi dua buah trak tunda (di atasnya ada kereta mewah) dan sebuah 4×4.
Pemilik rakaman dashcam itu terpaksa masuk ke lorong kecemasan untuk mengelak pertembungan dengan konvoi terbabit yang memotong garisan berkembar dan meluru kehadapan ke arahnya.
Setelah melepasi 4×4 di sebelahnya, barulah pemandu itu masuk semula ke dalam lorong dan kelihatan beberapa buah kenderaan lain sedang beratur panjang di dalam barisan di laluan bertentangan.
Dalam pada itu, ramai yang tertanya siapakah pemilik kereta-kereta berkenaan sehingga mendapat ‘special escort’ daripada pihak berkuasa tempatan.
Tambah netizen lagi, sekiranya seseorang pemandu itu panik semasa berhadapan dengan situasi seperti itu, sudah pasti kedua-dua pihak akan berlanggar di antara satu sama lain.
SUMBER : TheVocket