(Ada Video) Penampakan Buaya Berkeliaran Di Atas Jalan Raya | Penduduk di sekitar Kampung Papar telah dikejutkan dengan penampakan seekor buaya yang dilaporkan berkeliaran di atas jalan raya berdekatan sini sekitar jam 11.30 malam, baru-baru ini.

(Ada Video) Penampakan Buaya Berkeliaran Di Atas Jalan Raya

Penampakan reptilia terbabit yang mempunyai kepanjangan kira-kira tiga meter itu telah disedari penduduk kampung dan kelibatnya turut dirakam oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui laluan tersebut dengan kenderaan pada masa kejadian.

Saksi yang dikenali sebagai Richard L, 52, memberitahu bahawa sebelum tiba ditempat kejadian, dia dilaporkan telah diminta oleh ahli keluarganya untuk memriksa keadaan sungai yang terletak berhampiran rumahnya.

Jelas Ruchard, keadaan pada ketika itu sedang hujan lebat di beberapa daerah dan mereka khuatir akan paras sungai yang dilihat semakin meningkat sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

Tambah, ketika tiba di lokasi sungai dia telah terlihat seorang lelaki yang menaiki kenderaan Perodua Kancil sedang berhenti di bahu jalan justeru dia bertindak untuk menanyakan kepada lelaki terbabit jika kenderaanya rosak.

Namun menurut lelaki terbabit, dia memaklumkan bahawa telah terlihat seekor buaya di bahu jalan kira-kira 50 meter dari tempat mereka berdiri.

Richard turut memberitahu bahawa lelaki terbabit yang terkejut melihat kewujudan buaya terbabit telah bertindak merekodnya menggunakan telefon pintar dan memberikan rakaman tersebut kepada Richard supaya dapat menularkannya bagi memberi peringatan kepada orang lain.

Dia turut memaklumkan bahawa ramai penduduk kampung sering turun ke sungai untuk aktiviti merambat ikan, namun tiada sesiapa yang pernah menceritakan penemuan reptilia berkenaan.

Richard yang bimbang akan kejadian berikut telah menghubungi Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk mendapatkan bantuan untuk memerangkapnya.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply