(ADA VIDEO) Rusa Melompat Sebelum Terbang ‘Tinggi’ Ke Udara | Tular satu video di media sosial selepas aksi seekor rusa melompat tinggi dan melayang tinggi ke udara di sebuah hutan di India yang telah berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
https://twitter.com/buitengebieden_/status/1483776717411999744?s=20
Rakaman aksi haiwan itu sempat dirakamkan dan dikongsi oleh sebuah pertubuhan pemuliharaan alam semula jadi yang dikenali sebagai WildLens Eco Foundation dan disiarkan menerusi Twitter.
Menerusi video terbabit, haiwan itu dilihat berlari sebelum melompat dan melayang ke udara sehingga setinggi seorang lelaki yang sedang menyaksikan aksi lompatan tersebut.
Ketika ia melompat, haiwan itu dilihat cuba untuk melintasi jalan yang tidak bertar.
Namun haiwan itu kemudian selamat mendarat di seberang jalan dan berlari dengan pantas serta tergesa-gesa ke dalam hutan.
Sejumlah rusa dianggap boleh melompat setinggi 3.65 meter walaupun ia bergantung pada jenis spesies haiwan tersebut, menurut laman web World Deer.
Rakaman tersebut telah mendapat perhatian warganet sehingga mendapat tontonan sebanyak 315k tontonan serta ribuan perkongsian netizen yang rata-rata kagum melihat rusa tersebut dapat melompat dengan jarak yang agak jauh.
Sumber: Astro Awani