(Ada Video) Warga Emas Tidak Boleh Tutup Mata Gara-gara Pembedahan Plastik | Seorang pesara di United Kingdom hidup terseksa selepas tidak boleh menutup matanya sejak tiga tahun lalu akibat pembedahan plastik yang gagal.
Pete Broadhurst, 79, Four Oaks mengeluarkan kos 11,000 Pound Sterling (RM62,422.76) untuk menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan pipinya yang membengkak.
Katanya, pipinya membengkak selepas menjalani terapi oklusi sejak 1959 untuk menyelesaikan masalah gigi.
Ujarnya, selepas dua kali kecewa dengan wanita, dia memutuskan untuk membuat prosedur itu kerana keadaan penampilannya yang menakutkan.
Sambungnya, dia telah memilih menjalani prosedur sembilan jam itu di Hospital BMI The Priory bagi mengecilkan saiz pipi.
Namun, selepas pembedahan itu, Pete berkata, dia mengalami kesukaran apabila mata kirinya tidak dapat ditutup.
Dia mendakwa, setiap malam ketika hendak tidur, dia terpaksa menggunakan pita pelekat untuk menutup mata, selain terpaksa meletakkan ubat titis mata lapan kali sehari bagi mengelak (mata) menjadi kering.
Dia juga memberitahu bahawa mengalami muntah dan tidak boleh membuang air kecil selepas melakukan pembedahan namun berfikir ia cuma kesan akibat prosedur tersebut.
Katanya, dia menjalani pemeriksaan rutin prostat di Hospital Good Hope pada 23 Mac 2019 dan doktor merujuk kepada Pusat Mata Birmingham dan Midland selepas mendapati matanya bermasalah.
Pete berkata, doktor memberitahunya ini adalah komplikasi biasa pembedahan kelopak mata yang dipanggil ectropion.
Namun, difahamkan dia kini dirujuk kembali ke Hospital BMI pada 13 Mei 2019 bagi menjalani pembedahan percuma cantuman kulit untuk membantu kulit di pipi bertemu kelopak mata.
Menurutnya, kini selepas dua tahun, dia masih tidak boleh menutup matanya, malah penglihatannya juga semakin kabur.
Dia berkata bahawa tidak dapat melihat dan pada waktu malam dia masih perlu menutup mata guna pita pelekat itu.
Sumber: Daily Mail