(ADA VIDEO) Selepas 3 Bulan Kahwin, Suami Kantoi Rupanya G@y | Portal berita Wolipop melaporkan bahawa sebuah klip video viral di media sosial Indonesia yang memaparkan pengakuan seorang wanita yang mendedahkan perkahwinannya berakhir dengan kesedihan apabila dia mengetahui suaminya menyukai kaum sejenis.

Wanita bernama Ian itu telah memuat naik sebuah klip video dalam akaun TikTok @azinomu.

Dalam videonya Ian memberi keterengan pada video tersebut bahawa ‘Momen yang ditunggu malah menghancurkan mentalku. Sebumbung tetapi selalu merasa sendirian’.

Selepas tiga bulan berkahwin, Ian mendapat tahu bahawa suaminya merupakan seorang lelaki gay.

Menurut Ian, Ian memberitahu bahawa pada suatu hari, suaminya sakit teruk sehingga berat badannya turun secara drastik. Ian tidak mendedahkan penyakit suaminya tetapi dia berasa kecewa dengan penyakit itu, namun tetap menjaga suaminya sehingga sembuh.

Tiga bulan kemudian, Ian mendakwa dia tidak diperlakukan selayaknya sebagai seorang isteri. Dia tidak sanggup menghadapi tingkah laku suaminya yang tidak ingin berubah.

Dengan sokongan sahabat dan keluarga terdekat, Ian akhirnya memutuskan untuk berpisah dengan suaminya.

 

 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kakak wajib menjalani ujian pemeriksaan kesihatan secara berkala ya, minimum 3 atau 6 bulan sekali,” kata seorang netizen.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply