Agong Letak Jawatan. Ini Respons Nurul Izzah Yang Dinanti Ramai | Rakyat masih lagi terkejut dengan berita Agong letak jawatan. Terkini ini respons Nurul Izzah yang dinanti ramai.

BERTERIMA KASIH KEPADA AGONG

Pemimpin dan kebanyakan netizen di media sosial malam ini menzahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Agong Letak Jawatan. Ini Respons Nurul Izzah Yang Dinanti Ramai

Berita peletakan jawatan itu yang diketahui sejak lewat petang mendapat pelbagai reaksi dan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat Seri Paduka sepanjang memegang jawatan tertinggi negara.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan ringkas di Facebook merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Muhammad V atas khidmat baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

“Kami rakyat Malaysia berdoa agar Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan dan dilindungi Allah SWT. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku!,” katanya.

Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar turut menjunjung kasih kepada Sultan Muhammad V kerana memberi pengampunan penuh kepada ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga Malaysia tidak meneruskan lagi penahanan mana-mana tahanan politik,” katanya dalam Twitter.

Agong Letak Jawatan. Ini Respons Nurul Izzah Yang Dinanti Ramai

Berikutan peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong itu, netizen ada yang tertanya-tanya siapakah pengganti kepada Sultan Muhammad V.

Antara sebahagian komen netizen ialah Syamil Hmd yang berkata “Sedih tuanku. Tapi apa-apa pun raja bernaung di atas takhta melindungi rakyat. Allahuakhbar, Daulat Tuanku.”

Mohd Irwan Shaffii pula menulis: “Pertama kali dalam sejarah. Agong letak jawatan. Sebelum ini tak pernah berlaku.”

Seorang lagi netizen Shahril Aziz melontar pandangan dengan mengungkap kembali kata-kata baginda yang tular: “Ingat dulu jenaka Tuanku masa pembukaan sidang parlimen… Ayat tengah hot masa tu “duduk jangan lari”.”

Sumber: Bernama

MESYUARAT KHAS RAJA-RAJA

Sambil itu, Sultan dan Raja-raja mulai berkumpul di Istana Negara hari ini dipercayai menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-raja bagi membincangkan soal pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Ia susulan Sultan Muhammad V mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa serta merta, semalam.

Antara kenderaan rasmi Raja yang dilihat memasuki Istana Negara adalah kenderaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama kenderaan pengiring serta polis.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan semalam berkata, peletakan jawatan baginda itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara baharu perlu dipilih untuk negara.

Mengikut amalan, Yang di-Pertuan Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun mengikut negeri.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Namun, takhta baginda kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Jika Majlis Raja-raja tidak boleh memilih Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Iskandar.

Bagaimanapun, Seksyen 1 Bahagian I Jadual Ketiga Perlembagaan menyebut syarat seseorang Raja akan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah dewasa, tidak menolak untuk dipilih selain tidak ditolak Majlis Raja-raja.

RAMAI MENYEBUT SULTAN JOHOR PALING RELEVAN?

Ramai menyebut Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Memang benar. Bukan setakat menyebut, malah ramai berharap baginda terpilih.

Agong Letak Jawatan. Ini Respons Nurul Izzah Yang Dinanti Ramai

Dari Timur hingga ke Selatan sampai ke Sabah dan Sarawak. Mengapa? Jawapannya mudah kerana baginda dilihat sebagai Sultan yang berjiwa rakyat.

Ini bukan lagi soal kenegerian atau persaingan bola sepak. Tetapi pemerintah yang berani demi rakyat untuk rakyat, untuk negara demi negara.

Suara dan ketegasan baginda Sultan Johor dilihat sangat relevan dalam keadaan Malaysia berhadapan ketidakstabilan dan rencam politik yang keterlaluan pasca PRU-14.

Baginda diketahui paling kehadapan dalam menyuarakan kepentingan masyarakat bukan sahaja kepada rakyat negerinya, malah negara secara keseluruhan selama ini.

Ketepikan pihak berkepentingan politik tertentu yang kurang senang dan bersikap hipokrit. Mereka ini berpolitik sepanjang masa demi perut masing-masing.

Sultan Ibrahim tiada kepentingan politik. Lantang mengkritik dasar pentadbiran kerajaan terdahulu andai sahaja ia tidak disenangi rakyat. Boleh google!

Share.

Leave A Reply