Seorang lelaki berusia 55 tahun di China kekal gigih, bersemangat dan tidak berputus asa dengan impiannya untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

Ahli Perniagaan Tak Putus Asa Lepas Gagal 25 Kali Cubaan Masuk Universiti. Ini Sebabnya

Meskipun gagal dalam Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan (NCEE) atau gaokao sebanyak 25 kali secara berturut-turut.

Lapor Oddity Central, Liang Shi merupakan seorang ahli perniagaan berjaya, yang memiliki syarikat bahan binaan sendiri di Chengdu, wilayah Sichuan di barat daya China.

Liang Shi memiliki kekayaan mencukupi untuk melakukan apa sahaja diingininya.

Namun dia mengakui merasakan seolah-olah tiada kepuasan dalam kehidupannya.

Hal ini demikian kerana Liang Shi bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya ke Universiti Sichuan sejak remaja lagi.

Tetapi sehingga sekarang dia masih belum mencapai matlamat tersebut.

“Pada usia ketika kebanyakan orang mula fikir mengenai persaraan, Liang Shi pula lebih fokus untuk belajar bersungguh-sungguh bagi peperiksaan kemasukan universiti gaokao tahun ini.

“Ia merupakan cubaan yang ke-26 dan semoga kali ini Liang Shi dapat melepasinya dengan memperoleh markah baik,” jelas laporan itu.

Liang Shi mengambil peperiksaan kemasukan universiti itu sejak 1983.

Dia hanya terlepas sebanyak 14 kali disebabkan  kerja atau urusan lain.

Antara markah terbaik pernah dicatatkan adalah 400 daripada jumlah 750 markah.

Markah tersebut membolehkannya memasuki institusi pendidikan lain dan bukannya universiti impiannya, Universiti Sichuan.

Selepas gagal pada bahagian pemahaman sains dalam peperiksaan gaokao sebanyak 25 kali, Liang Shi kini beralih ke aliran lain.

Dia beralih kepada aliran seni dan sains manusia pada tahun ini dengan harapan dia dapat memasuki universiti idamannya itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply