Gangguan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang, hari ini, mengakibatkan ada individu yang dilaporkan terperangkap di dalam lif di premis yang terjejas.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaffar telah memberi kenyataan berhubung kejadian tersebut.
Pihaknya menerima 11 panggilan kecemasan membabitkan 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri berkenaan berhubung kejadian itu.
Pihak bomba menerima laporan berhubung kes terperangkap di dalam lif di PJ Centre Stage Seksyen 13 menerusi BBP Petaling Jaya dan Condo Liberty membabitkan BBP Ampang.
Selain itu, mereka menerima panggilan kecemasan kes sama di 1-2F Jakan Setia Perdana, Bandar Setia Alam menerusi BBP Kota Anggerik.
Pihaknya menerusi BBP Penchala turut menerima panggilan kecemasan di Flat Taman Seri Sentosa dan BBP Serdang di Bangunan MIEC berhubung kes sama.
BBP Kajang menerima dua panggilan kecemasan di Jalan Kidamai 2/1, Taman Industri Kidamai dan Metro Avenue Kajang.
Mereka juga menerima panggilan kecemasan kes sama di Jaya One, Jalan Universiti Seksyen 13 membabitkan BBP Damansara serta Icon City menerusi BBP Subang.
Selain itu, mereka juga menerima panggilan kecemasan di Green Resident Jalan Sayang membabitkan BBP Pandan dan Menara Jalan Dataran SD2 menerusi BBP Sungai Buloh.
Katanya, tiada kecederaan dilaporkan dalam semua kejadian berkenaan.
Sumber: Harian Metro