Seorang bayi perempuan berusia 9 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditinggalkan sendirian di bilik mandi selama tujuh minit tanpa pengawasan oleh ibu bapanya.

Akibat Hisap Rokok Sambil Layan FB, Nyawa Anak 'Melayang' Dalam Bilik Air

Menerusi petikan laporan Mirror UK, insiden yang berlaku pada 2 April 2021 itu dipercayai berpunca daripada kecuaian si bapa, Daniel James Gallaghe.

Daniel meninggalkan anaknya, Leah Jayde berusia 9 bulan di dalam tab mandi dengan ketinggian air 10 hingga 12 sentimeter.

Malah, ketika itu, pili air juga masih terbuka.

Bercerita mengenai insiden itu, Daniel mengaku dia telah keluar beberapa minit untuk menguruskan masalah bekalan elektrik di rumahnya di Queensland, Australia.

Selepas itu, dia merokok sambil melayari Facebook dan tidak lama kemudian, dia kembali semula ke bilik mandi.

Alangkah terkejutnya apabila melihat anak perempuannya itu sudah terapung di dalam tab mandi.

Dia yang panik melihat keadaan itu segera menghubungi panggilan kecemasan.

Sementara menunggu, dia juga sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada anaknya.

Ibu mangsa, Shaylan Gallagher yang sudah bercerai dengan Daniel pada 2020.

Shaylan segera datang ke rumah bekas suaminya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, Leah dikejarkan ke Hospital Hervey Bay, namun doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Menurut Shaylan, sebelum ini dia pernah beberapa kali melihat anaknya itu sendirian di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.

Sementara, bekas suaminya itu pula keluar menghisap rokok.

Susulan kecuaiannya itu, Daniel dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply