Ini Hukuman Kepada Lelaki Yg Lakukan Gangguan S3ksu@l. | Sebuah video memaparkan hukuman ke atas lelaki yang melakukan kesalahan besar di sebuah pusat pengajian tinggi tular di media sosial.
Video tersebut memaparkan, lelaki tersebut bukan sahaja diikat di pokok, malah disiram dan dipaksa minum air kencing sebelum dibogelkan.
Difahamkan, hukuman tersebut dilaksanakan gara-gara lelaki itu melakukan gangguan seksual di Universiti Gunadarma, Depok, dekat Jawa Barat, Indonesia.
Sehingga Rabu, video tersebut mendapat 5,708 komen, 7,240 perkongsian (retweet) dan 33,800 tanda suka (likes) oleh pengguna laman Twitter.
Mangsa gangguan seksual berkongsi pengalaman pahit yang dialami menerusi akaun @sbcdyougoblog di Twitter.
Menerusi perkongsian itu, mangsa dan suspek bertemu di kampus pada 2 Disember lalu.
“Kami berdua belajar di kampus sama. Saya anggap dia sebagai kawan saya dan tidak memikirkan perkara buruk,” katanya.
Ketika melakukan pertemuan itu, kata mangsa, mereka hanya berbual mengenai perkara berkaitan kolej dan persahabatan di kampus.
Tidak beberapa lama kemudian, suspek pergi ke tandas di bawah tangga.
“Kemudian dia menelefon saya. Saya ingat dia hanya mahu bertanya keberadaan tandas lelaki atau perempuan kerana tiada papan tanda untuk membezakannya.
“Tetapi, ketika saya menuju kepadanya, dia secara tiba-tiba menolak saya ke hujung dinding yang sangat sunyi. Kemudian dia melakukan gangguan itu. Saya pula sempat menolaknya,” tulisnya.
Hantaran mangsa di Twitter itu kemudian dibaca oleh rakan-rakannya yang lain dan mereka dapat mengesan suspek.
Berang dengan perlakuan suspek, sekumpulan pelajar mengheretnya ke tengah-tengah laman kampus dan mengenakan hukuman.
“Dia diarah minum air kencing sendiri, diikat, dicucuh dengan puntung rokok dan ditendang,” kata seorang pelajar yang dikenali sebagai MI.
Sementara itu, pegawai polis Metro Jaya, Komisioner Besar Polis Endra Zulpan berkata, kes gangguan seksual berjaya diselesaikan.
Beliau berkata, tiada sebarang laporan polis dibuat mangsa.
Tambahnya, kedua-dua mangsa dan suspek sepakat untuk menyelesaikan kes itu secara baik.
Katanya lagi, mangsa turut mengakui malu sekiranya kes tersebut terus berlarutan.
Sumber: Majoriti
Baca Lagi: Pelajar Kolej Dituduh Lakukan Amang Seksual Pada Budak 11 Tahun.
Melaka: Pelajar tahun akhir sebuah kolej dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Adib Hishammuddin, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut pertuduhan, dia yang sedang mengikuti jurusan elektrik didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Taman 1 Bukit Beruang antara jam 4 petang hingga 9 malam, 14 November lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan itu terhadap kanak-kanak sama di tandas awam dan bilik persalinan perempuan bersebelahan Kompleks Tenis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh pada 20 November lalu, kira-kira jam 12 tengah hari.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang mengikuti latihan di Perak itu dikatakan mengenali mangsa melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari mencadangkan jaminan RM10,000 berserta syarat tambahan mangsa dan semua saksi tidak boleh diganggu sehingga perbicaraan selesai.
Peguam Andrew Lourdes bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh sedang belajar dalam semester akhir.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.
Tarikh 11 Januari depan ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Sumber: KMN