Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan aktiviti takbir hari raya di masjid dan surau seluruh negara.

"Aktiviti Berkaitan Raya Dibenarkan"- Khairy Jamaluddin

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, aktiviti tersebut juga dibenarkan dari rumah ke rumah tetapi perlu sentiasa memakai pelitup muka.

Jelasnya, solat sunat hari raya juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau dengan kapasiti 100 peratus dengan semua jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa,” katanya.

Menurutnya, turut dibenarkan, jamuan selepas solat di masjid atau surau, program ziarah, ziarah tanah perkuburan, rumah terbuka atau majlis hari raya indoor serta outdoor.

Tambahnya, Aidilfitri kali ini adalah satu rahmat untuk kita raikan bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai selepas dua tahun kita memerangi pandemik Covid-19.

Oleh itu beliau berkata, dalam Fasa Peralihan ke Endemik ini, menjadi tanggungjawab kita untuk pastikan perayaan ini tidak berakhir dengan kemudaratan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply