Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggesa kerajaan membuka semula siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene kepada Malaysia pada 2002.

"Buka Semula Kertas Siasatan Pembelian Kapal Selam Scorpene"- MUDA

Naib Presiden MUDA, Zaidel Baharuddin, berkata ia susulan laporan agensi berita antarabangsa AFP, bahawa Mahkamah Perancis mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia.

Beliau mendakwa, syarikat yang menjual kapal selam kepada Malaysia, DCN pada 2002 adalah sebahagian daripada Thales.

Jelasnya, ini berlaku ketika Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan Menteri Pertahanan dan daripada awal didapati, pembelian ini menimbulkan pelbagai syak wasangka.

Katanya, antaranya apabila Abdul Razak Baginda yang dikatakan rapat dengan Najib ketika itu, secara terbuka mengakui menerima bayaran 30 juta euro (RM37 juta) sebagai ‘konsultan’ kepada projek berkenaan.

Beliau mendakwa, wajar pihak berkuasa Malaysia membuka semula siasatan ke atas pembelian ini memandangkan jelas berlaku salah laku yang membabitkan pihak di Malaysia.

Menurut laporan AFP menerusi Berita Harian, Mahkamah Perancis mendakwa Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.

Laporan berkenaan mendakwa, kes itu yang mencetuskan polemik pada asalnya dibuka pada 2010 dan akhirnya memberi kesan kepada Najib yang juga bekas Perdana Menteri.

Najib adalah Menteri Pertahanan ketika perjanjian perolehan dua kapal selam kelas Scorpene dan sebuah Agosta dari unit limbungan tentera laut DCN Perancis (kini sebahagian daripada Thales) itu ditandatangani, membabitkan nilai kontrak AS$1.2 bilion (RM5.2 bilion).

Kata laporan itu lagi, pembantu Najib, Abdul Razak, bertindak sebagai penasihat perjanjian pembelian itu dan beliau dituduh menyembunyikan kos tambahan 114 juta euro (RM529 juta) bagi kerja perunding oleh sebuah firma, yang mana Abdul Razak adalah pemegang saham terbesar.

Zaidel berkata, siasatan semula itu penting kerana ia membabitkan aset strategik keselamatan negara.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply