Amaran Hujan Berterusan Waspada, MetMalaysia Minta Penduduk 5 Negeri Ini Berhati-Hati | Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran waspada berlaku hujan berterusan di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini.

Amaran Hujan Berterusan Waspada, MetMalaysia Minta Penduduk 5 Negeri Ini Berhati-Hati

Menerusi laman Facebooknya, MetMalaysia memaklumkan hampir keseluruhan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan dijangka mengalami cuaca berkenaan.

“Hujan berterusan di seluruh Terengganu dan di Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin, Pahang.

“Di Johor pula adalah daerah Mersing. Kesemuanya adalah dalam tempoh Khamis sehingga Sabtu ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, hujan berterusan dijangka berlaku di Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad ini.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh itu di sesebuah kawasan.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply